Nota Editor: Idea dan resipi nasi berlauk bagi mereka yang sedang diet dan ingin kurus ini adalah daripada perkongsian di Facebook Page Coach Yatie Nadzli. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat dijadikan rujukan bagi anda yang sedang diet.

MAKAN NASI UNTUK KURUS!

Yang tak nak makan nasi tu ‪‎jangan kecam‬ saya ye. Saya nak bagitau untuk orang yang nak kurus dan makan nasi je. Tiada paksaan dalam makan nasi. Hehe.

Ramai orang tanya saya boleh tak nak makan bihun, mee, roti atau kuew tiaw untuk ganti nasi. Saya jawab lebih elok awak makan nasi.

Nak lagi bagus makan nasi beras perang. Kalau tak ada nasi beras perang nasi biasa dengan porsi yang betul iaitu sebesar penumbuk awak tu.

resipi-diet-kurus-13

Sebelum makan ukur dulu nasi dengan saiz penumbuk macam ni.

Lauk pula, ambil yang tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur. Elakkan makan daging kalau nak kurus. Daging tinggi kalori dan lemak.

Masak tanpa minyak dan gula. Masakan yang sangat digalakkan seperti sup ayam, sup telur, ayam bakar, pais ikan, asam pedas ikan.

Sayur pula yang tidak ditumis. Boleh celur, stim atau buat kerabu. Sambal belacan, kicap boleh ambil dalam kuantiti sedikit untuk penyedap rasa.

Nak buat diet ni berpanjangan kena la sedap ye tak? Kalau tak sedap, tersiksa tekak alamatnya tahan 1 hari je la.

Pelbagaikan menu setiap hari supaya tidak bosan.

1. Sup Brocoli Yanti

resipi-diet-kurus-1

Bahan

Brokoli
Kobis bunga
Kobis daun
Telur (5 bijik – 3 buang kuningnya)
Cili 1 biji potong sukahatimu
Halia 2 inci
Bawang putih 1 biji
Bawang merah 1/4 biji
Seasalt sedikit
Lada hitam (nak pedas letak lebey sket)

Cara masak

Rebus semua bahan, kecuali masukkan telur kedua terakhir (selepas masak sayur-sayur lain dalam rebusan tu.

2. Sup Ayam

resipi-diet-kurus-14

1 dada ayam di potong dadu
1 biji lobak merah potong dadu
1/2 biji bawang holland (dihiris)
3 ulas bawang.putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
3 biji cili api (jika suka pedas)
1 sup bunjut
Air secukupya
Garam bukit secukup rasa
Sedikit daun sup (di cincang)

Cara-cara

Masukkan semua bahan di atas kecuali garam dan daun bawang. Masak hingga mendidih. Masukkan garam. Hidangkan dengan daun sup. Boleh perah limau nipis.

3. Grilled Chicken Tikka

resipi-diet-kurus-9

Bahan-bahan:

Yogurt, serbuk jintan, cili, tomato paste, halia, daun ketumbar, daun bawang, 2 ulas bawang putuh (disagat), setengah biji limau nipis, isi ayam, jintan manis dan black pepper (tumbuk), halia & bawang putih

Perap 30 minit dan bakar.

4. Kerabu tomato

resipi-diet-kurus-11

Bahan-bahan:

Tomato
Ikan bilis goreng
Bawang kecik
Cili merah
Cili hijau
Cili padi
Daun pudina
Limau nipis

5. Sup telur

resipi-diet-kurus-2

6. Sup ayam tanpa kuah

resipi-diet-kurus-3

7. Sup sayur dan ikan masak rebus

resipi-diet-kurus-4

8. Pais Ikan dan sup sayur

resipi-diet-kurus-5

9. Sup sayur campur telur dan nasi beras perang

resipi-diet-kurus-6

10. Sup brocoli dan  telur

resipi-diet-kurus-7

11. Sup sayur dan ikan singgang

resipi-diet-kurus-8

12. Ayam bakar, sayur campur dan sambal belacan

resipi-diet-kurus-10

13. Asam pedas ikan kerisi

resipi-diet-kurus-12

Oh ya. Dalam masakan gunakan boleh gunakan rempah tapi elakkan gula dan serbuk perasa macam stok ayam atau ikan bilis stok. Stok ni adik beradik ajinamoto juga. Jadi elakkan ya. Bawang halia serai tu nak letak banyak mana pun boleh.

Selamat mencuba!

Baca lagi: Tanpa Pil Kurus, Lelaki Ini Berjaya Hilang 40kg Dalam Masa 3 Bulan

Dan Inilah 7 Senaman Ringkas Yang Lelaki Ini Lakukan Hingga Berjaya Turunkan Berat Badan 40Kg

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram