Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bagi meningkatkan moral dan semangat para pekerja selepas mengumumkan penstrukturan semula dan memberhentikan pekerja pada 13 Oktober lalu, CEO Twitter Jack Dorsey telah mengumumkan melalui Twitter bahawa dia akan memberikan 1/3 daripada sahamnya kepada para pekerja. Pengumumannya itu dilakukan semasa dia bermesyuarat dengan para pekerjanya.
?⚡️ I'm giving ~1/3rd of my Twitter stock (exactly 1% of the company) to our employee equity pool to reinvest directly in our people.
— Jack (@jack) October 23, 2015
Menurutnya, 1/3 saham itu bersamaan dengan 1% dari syarikat bernilai US$214 juta. Dorsey turut menyatakan bahawa dia sanggup ambil sebahagian kecil daripada sesuatu yang besar berbanding ambil sebahagian besar daripada sesuatu yang kecil.
As for me: I'd rather have a smaller part of something big than a bigger part of something small. I'm confident we can make Twitter big! ✌️
— Jack (@jack) October 23, 2015
Dorsey yakin tindakannya ini akan membuatkan Twitter semakin besar.
Baca: Jack Dorsey CEO Square Failkan IPO Secara Rasmi
Baca: Mengejutkan Apabila Melihat Interface Awal Laman-laman Web Popular Masa Kini
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram
- SUMBER
- The Next Web