Saya dulu bekas pelajar di Jepun dan sekarang bekerja dalam tourism business. Dah setakat tu cukup kenalkan diri, hehe.

Saya nak kongsikan sikit perkara-perkara yang saya rasa kena tahu dan buat semasa di Jepun. Saya tulis ni sambil duduk minum kopi, santai-santai. Bukan nak tunjuk power ke apa, tapi sekadar berkongsi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut antara yang anda perlu tahu:

1. Travel insurance

Sebelum anda ke Jepun, pastikan ambil travel insurance. Bayar sikit untuk jaminan jauh lebih baik daripada kena bayar kos yang sangat mahal di Jepun nanti. Semua hospital di Jepun adalah swasta dan sangat mahal. Orang di kedutaan cukup pantang kalau dengar orang melancong tak ada insurans. Nanti depa juga garu kepala kalau jadi apa-apa.

2. Bawa ubat-ubatan

Ubat-ubatan asas macam panadol, minyak urut (nak urut kaki lepas jalan banyak) bawa lah sebagai persediaan. Janganlah dah sampai Haneda minta tolong di group travel minta bawakan ubat pula. Selalu awal-awal lepas dah sampai rasa berat sikit kepala sebab kita dah biasa dengan panaih lit-lit di Malaysia, tiba-tiba pergi tempat sejuk. Badan kita tak terus adapt.

3. Bawa diri elok-elok

Dah sampai sana nanti behave la cara baik-baik. Ikut peraturan dan norma negara mereka. Traveller yang baik menghormati undang-undang negara yang dilawati. Antaranya, jangan merokok merata-merata, jangan bising sesuka hati, jangan buang sampah merata-rata. Dan banyak lagi.

4. Jangan langgar peraturan

Bila tengok orang Jepun yang tak ikut peraturan, biaq pi kat depa. Toksah dok pi join depa pula. Biasala, mana ada negara yang semua rakyat dia sempurna. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Kita kan nak jadi orang yang baik.

5. Eskalator

Di Tokyo, naik eskalator kena berdiri di sebelah kiri, Osaka kanan. Semua tau dah kot.

6. Waktu sesak

Berhati-hati ketika naik train terutamanya waktu sesak di hari bekerja antara jam 6am ke 9am. Kalau boleh elakkan naik di waktu tu.

7. Persediaan Jepun untuk sukan Olimpik 2020

Ada beberapa stesen train dalam proses renovasi menyebabkan laluan di platform menjadi sempit. Sila berhati-hati terutamanya bagi mereka yang membawa kanak-kanak. Renovasi ini merupakan sebahagian daripada persediaan Jepun bagi menjadi tuan rumah sukan Olimpik 2020.

8. Awasi tingkah laku anak-anak anda

Bagi yang bawa kanak-kanak, sila pastikan anda sentiasa mengawal tingkah laku anak-anak anda. Jangan dibiarkan sahaja kalau depa ‘buas’. Nanti dekat sana tengok-tengok lah macam mana anak-anak orang Jepun, tertib dan sentiasa dijaga oleh mak ayah.

Tiada alasan kononnya disebabkan depa budak-budak lagi, jadi tak apa ‘buas’ macam mana pun. Salah. Mesti jaga perangai mereka terutamanya di dalam train, restoran, kedai jualan dan sebagainya. Harap tak ada yang ambil hati. Sekiranya rosak barang dalam kedai, anda juga susah nanti.

Baca: 5 Pass Pengangkutan Awam Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Osaka, Jepun

9. Jangan petik bunga sakura di pokok

Kutip saja mana yang dah gugur. Bagilah peluang orang lain nak tengok sakura juga. Kalau anda mula petik, nanti orang lain ikut. Habis lah pokok-pokok tu. Huhu

10. Jangan beri duit kepada homeless

Kebelakangan ni ada sesetengah orang Jepun (atau foreigner muka Jepun) dah pandai minta duit atau makanan daripada pelancong. Selalu jumpa di tempat-tempat tumpuan pelancong. Yang minta ni selalunya homeless.

Kadang-kadang orang muda atau pelancong dari negara lain. Macam-macam alasan diberi. Nasihat saya, kalau boleh elakkan memberi. Dan kalau anda nak bagi juga, bagi duit sahaja. Jangan beri makanan. Nanti kalau jadi apa-apa pada dia, susah anda nanti. SANGAT SUSAH.

11. Cari makanan yang halal

Bagi yang Islam, perlu diingatkan yang pergi melancong ke Jepun bukanlah kategori darurat. Carilah dan makan benda yang halal. Boleh download app HALAL NAVI untuk bantu anda.

Orang Jepun dah sungguh-sungguh usaha untuk sediakan makanan halal jadi pergi saja makan di situ. Janganlah dok pegang rule “aku makan saja semua benda selain babi dan arak, nak buat macam mana darurat!” Aduh. Janganlah ambil mudah. Mahal? Cari pilihan yang lebih murah. Takpun bawa makanan dari Malaysia.

12. Jaga solat

Bab solat pun kena jaga. Banyak tempat solat dah disediakan. Tinggal buka Google Maps dan search saja. Takpun, solat saja di mana-mana taman atau kawasan lapang. Cari port yang bukan tempat orang lalu-lalang. Islam mudah saja, tak elok kita ambil mudah.

13. Kawasan larangan selfie stick

Kalau yang guna selfie stick pulak, ketahuilah bahawasa penggunaannya dilarang dalam kawasan stesen. Bila di tempat sesak pula, gunalah dengan berhati-hati. Jangan sampai buat orang lain tak selesa.

14. Minta izin sebelum ambil gambar

Ambil gambar orang Jepun pula seeloknya minta izin dulu. Sebut ayat ni “ishouni syashin totte mo ii desuka” bermaksud bolehkah kita ambik gambar bersama? Kalau dia balas “hait” atau “iie” (baca : iyek) maknanya orang Jepun la tu. Hait maksudnya ok. Kalau dia blur, maknanya orang Jepun celup tengah pakai kimono, haha.

Dan, elakkan ambil gambar budak-budak Jepun. Dah terambil? Jangan post di media sosial pulak. Ni common sense bagi saya, terpulang kepada anda.

Aiseh, kopi dah habis. Banyak lagi rasanya yang anda juga boleh kongsikan.Harap tak ada yang ambil hati la noh, biaq kita balik dari Jepun, jadi yang lebih baik dari sebelum pi.

Akhir kata, travel with manner, travel for wisdom.

Baca lagi: 3 Jenis Pass Pengangkutan Awam Untuk Anda Berjimat Sewaktu Di Tokyo, Jepun