Entah kenapa sampai 1.2K like status aku di Facebook semalam bila aku kasi buka cerita cara langsaikan hutang rumah gomen sebelum berhijrah ke Scotland.

Tapi tips ini bukan untuk semua la. Lebih lagi yang dah berkedut. Sesuai orang muda umur sekitar 30-35 tahun, ada bantuan pinjaman beli rumah dari majikan. Caranya senang je. Semua orang tahu. Meh aku share.

1. Dulu aku beli dua rumah serentak. Buat loan dua rumah pada harga yang lebih kurang sama. Itu je.

2. Rumah A. RM360K. Buat loan gomen 25 tahun kot. Tak ingat sangat. Deposit cuma RM5K. Banyak bayaran tambahan lain ditanggung gomen. Loan 100%.

3. Rumah B. RM330K. Buat loan bank biasa 25 tahun. Deposit loan RM26K lepas dapat diskaun dari developer.

Ohoi! Banyak duit aku.

4. Gimik je tu. Sebenarnya aku cuma sedia deposit untuk satu loan. Walau dapat dua rumah.

Kau ingat senang nak kumpul duit deposit?

5. Kalau beli serentak, data CCRIS belum muncul nama sebagai peminjam. Rekod hutang masih baik. Maklumat clean beb.

6. Kalau beli rumah satu demi satu, loan rumah kedua dapat rendah la sikit. Kena cari deposit tinggi. Pengsan.

7. Dan payslip memang nampak cantik sebab belum start pemotongan gaji. Bank loan bagi loan rumah B tinggi 90% sebab tengok payslip mantap.

Masa itu pinjaman maksimum untuk pegawai cabuk 48 cuma RM360K. Just nice. Kalau guna loan lambat, umur makin tua. Bayaran bulanan mahal.

8. Masa beli sekitar umur 33 tahun. Masih muda bergetah. Masih kenyal.

Masa umur 37 tahun, jual rumah B. Untung simpan dalam ASB.

9. Bila mahu resign dari kerajaan setahun lepas tu, guna untung rumah B bayar seherpuk loan gomen.

Masa itu rumah A masih ada loan 20 tahun gitu. Buat personal loan 7 tahun, bayar baki loan gomen.

10. Jadi loan rumah A bertukar dari 20 tahun jadi 7 tahun. Amaun bayaran bulanan lebih kurang sama. Hah. Pendek terus!

Berita gembira. Bila buat early settlement, loan gomen bagi rebet banyak. Jimat di situ.

Lagi meriah, dapat duit semula RM10K dari takaful pinjaman loan gomen.

Sekarang rumah itu kakak aku tolong urus, cari penyewa. Dapatlah cover cost bayaran bulanan. Terima kasih akak!

Baca: 5 Langkah Mudah Kiraan Kasar Kelayakan Beli Rumah

Gambar sekadar hiasan.

Tips tambahan:

12. Beli di kawasan membangun. Under development. Kalau boleh tiada bayaran sampai siap.

13. Kena pandai pilih kontraktor dan projek. Kalau satu rumah terbengkalai, risiko hidup kau sengsara. Kalau dua-dua terbengkalai, baru kau mahu ingat Tuhan.

14. Nanti ada la cakap, gred 48 boleh la. Adik, Abang nak bagitau, beli rumah ikut kemampuan. Bukan ikut gaji orang lain. Kau kalau gaji gred lebih rendah, tengoklah mana yang lebih sesuai.

15. Ini aku pakai loan gomen. Maybe ada majikan swasta atau GLC yang bagi loan untuk staff. Konsep lebih kurang sama je.

Itu cara aku. Atleast, loan setel tanpa refinance rumah semula. Mana ada magic, cuma kena buat timing elok-elok. Yang lain semua Tuhan punya kuasa.

Maybe sekarang sudah berubah. Yang masih kekal cuma harga rumah yang semakin mahal. Kalau kau tidak beli sekarang, makin tua belum tentu mampu.

Kena tanam dalam kepala. Bila buat loan, jangan sampai terikat, nak berhenti kerja pun pening kepala.

Kita yang atur loan, bukan loan atur hidup kita. Sifu aku kata, rumah ini kena beli dulu, baru tengok harga naik. Tunggu harga turun? Mereput tanpa kau sedar.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Ingin buat rumah anak yatim
Glasgow, Sekutland

Baca lagi: Mahu Selesaikan Pinjaman Perumahan Anda Dengan Segera? Ikuti 2 Tips Awesome Ini