Sekiranya boleh dinamakan individu yang paling gembira menjelang Singles Day ini pastinya beliau adalah Jack Ma. Mana tidaknya, syarikat yang mula dibangunkan beliau hampir 2 dekad lalu berjaya mengutip $1 bilion pertama kurang daripada 3 minit selepas pelancaran.

Hype jualan Alibaba ternyata tidak terhenti setakat itu sahaja, Alibaba dilaporkan berjaya memperoleh $5 bilion melalui 15 minit pertama dan $8.6 bilion selepas satu jam promosi dibuka. Pasti Jack Ma tersenyum lebar melihat angka jualan yang ghairah meningkat setiap detik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jack-Ma

Setakat artikel ditulis, dikhabarkan Alibaba sudah berjaya memperoleh jualan melebihi $18 bilion sekaligus memecah rekod jualan yang berjaya dicapai Alibaba pada tahun 2016 iaitu sebanyak $17.8 bilion.

Melihat kepada angka jualan ternyata jelas pengorbanan Jack Ma bersama pasukannya memang berbaloi. Begitu juga dengan usaha beliau dalam mempopularkan Alibaba ke serata dunia.

Nantikan artikel kami pada hari esok bagi untuk mendapatkan laporan penuh mengenai jumlah jualan yang berjaya diperoleh Alibaba menjelang Singles Day ini.

Baca lagi: Jack Ma Sambut Ulang Tahun Alibaba Ke-18 Dengan Penuh Bergaya Dan Awesome

Sumber