Nota Editor: Nota ini disumbangkan oleh Tuan Firdaus Yasin, seorang usahawan bidang F&B. Semoga pencerahan ini membantu anda membuat perancangan cukai dengan lebih baik.

17 Perkara Saya Belajar Tentang Cukai Daripada Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal Mat

Sudut pandang sebagai seorang usahawan:

1. Malaysia merupakan negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular. Agama Islam sebagai agama rasmi. Secara logik, negara Islam tidak mengutip cukai.

2. Cukai adalah di antara sumber pendapatan negara. Ada direct taxes dan juga indirect taxes.

3. Semakin banyak bayaran cukai dibuat, semakin tinggi pinjaman/pembiayaan yang kita boleh dapat. Ini kerana cukai ditaksir atas pendapatan.

4. Usahawan perlu fikir berapa banyak duit yang perlu dibuat berbanding berapa banyak cukai yang perlu dibayar.

5. Asingkan zakat sebagai bayaran daripada gaji peribadi, itu lebih baik. Untuk syarikat, bayar kedua-dua sekali – cukai dan zakat.

6. Pihak bank akan lebih memberi point yang tinggi kepada pembayar cukai yang banyak (lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman).

7. Pendapatan lebih RM 48,000 setahun sudah dikenakan cukai. Tapi ambil kira semua pelepasan (relief).

8. Walaupun pendapatan yang diterima kurang daripada RM 3,000 setahun, setiap orang perlu menghantar penyelarasan cukai tahunan kepada LHDN.

9. Walaupun pada waktu itu kita masih belum mampu membayar cukai, hantar maklumat kepada LHDN untuk rekod mereka.

10. Ketiadaan rekod pada LHDN akan menyukarkan kita untuk membuat pinjaman bank. Itu dokumen penting yang pihak bank akan lihat.

11. Sekiranya permohonan pinjaman kita ditolak oleh pihak bank, mohon semak semula, berapa banyak cukai yang telah kita bayar?

12. Duit yang banyak dalam akaun bukan jaminan utama boleh mendapatkan pinjaman.

13. Sekiranya kita belum pernah membayar cukai, berhati-hati dengan populariti (ada pihak yang akan memerhati).

14. Segala rekod urusan jual beli dan transaksi jualan harus disimpan selama tujuh tahun (untuk simpanan sekiranya pihak LHDN datang untuk membuat audit).

15. Segala bentuk pendapatan yang masuk akan dikenakan cukai (gaji, komisyen, elaun, bonus, sewa).

16. Dividen tidak dikenakan cukai kerana ianya keuntungan bersih selepas ditolak cukai.

17. Berhati-hati dengan pembelian kereta atau rumah secara tunai sekiranya kita belum pernah membayar cukai (kemungkinan untuk pihak LHDN membuat lawatan adalah tinggi).

Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai penyumbang pendapatan negara.

BACA: Ini Cara Yang Mudah Untuk Faham Tentang Ekonomi Malaysia

BACA Lagi: Jelita, Anjung Seri, Malaysian Business Gulung Tikar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤