Baru-baru ini kecoh di dalam group travellers Malaysia berkenaan pengembara Malaysia yang dikategorikan antara yang paling teruk dan cheapskate di dalam rating host airbnb.

Alhamdulillah setakat ini kami tak ada apa-apa isu besar dengan tetamu Malaysia sepanjang kami terima guest di rumah kami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yang tawar-menawar harga tu standard la, walaupun dah cukup murah. Orang Malaysia kan suka tawar-menawar harga barang, sehingga terbawa-bawa tawar harga penginapan di Eropah.

Setakat tetamu buat bising sikit, kami boleh tolerate, tapi 2 kejadian ini memang buat kami rasa susah dan beri kesan psikologi secara tidak langsung:

1. Penggunaan Lesung Batu

Ada tetamu yang jetlagged dan tak boleh tidur, mereka ambil keputusan untuk masak makan malam selepas lewat tengah malam iaitu sekitar jam 1 – 2 pagi.

Tapi bahagian yang tak boleh tahannya, boleh pulak tumbuk lesung batu sebelum menumis dan buat sambal bilis pagi-pagi buta.

Di pagi yang hening, kami dikejutkan dari tidur yang tak berapa nak lena oleh bunyi dentuman dan gegaran dari impak maksima hayunan lesung batu makcik yang menggegarkan satu kompleks apartment kami.

Aku harap tak ada jiran-jiran komplen.

Aku tak pasti kat mana dia orang simpan common sense. Mungkin tertinggal kat Malaysia.

bisnes-airbnb-4

bisnes-airbnb-3

bisnes-airbnb-2

bisnes-airbnb-1

2. Pencemaran Bakul Sampah

Isteri aku letak bakul sampah kecil kat tepi sinki dapur untuk buang sampah-sampah kecil. Sebagai seorang OCD, dia pastikan bakul ini sentiasa bersih dan kering, sampah di dalam plastik dibuang setiap hari, never failed.

Sehinggalah kami perasan bakul ni hilang dari tempat biasa dan aku jumpa di dalam bilik air.

Bila aku tanya tetamu kenapa bakul sampah ada dalam bilik air.

Dia jawab dengan bersahaja, “ohh kami guna untuk mandi dan buang air sebab dah biasa guna gayung kat rumah untuk mandi dan cebok [baca : berak] “.

What?

Mandi? Cebok? Bakul Sampah?

But, why..???

For your info, bilik air kami ada shower tap dan kami ada sediakan gayung di dalam bilik air. Tapi obviously tak cukup besar untuk tetamu ini.

Aku rasa tetamu ni nak dengar bunyi air memercik dan basahkan satu bilik air, barulah sempurna proses mandi dan perkumuhan. Boleh pula guna bakul sampah buat cebok.

Ended up, kami buang bakul tu dan beli yang baru. Lesson learned.

Tapi sepanjang menjadi host, rasanya majoriti tetamu Malaysia baik-baik dan dah jadi macam member. 2 kes di atas tu, aku boleh anggap sebagai kes terpencil. Dan kelakar.

Baca lagi: Sebelum Tempah Bilik Di AirBnB Baca 11 Panduan Dari Aku, Pemilik Homestay Di UK