Musim luruh di Melbourne baru saja lepas. Baru-baru ini ada promo ‘Free Seat AA’, apa lagi bolehlah book tiket ke Melbourne untuk musim luruh tahun depan. Mana tau gambar korang pula ada kat sini.

Berikut adalah lokasi menarik untuk photoshoot musim luruh di Melbourne.  Waktu terbaik ialah pertengahan April sehingga pertengahan Mei.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tempat-tempat menarik:

1. Macedon Range

  1. Sejam dari bandar
  2. Dikelilingi dengan warna-warni autumn. Kat tepi jalan pun boleh untuk ambil gambar
  3. Tempat paling ‘Instagram material’ ialah Honours Avenue
  4. Ada 2 taman yang cantik & famous iaitu Tieve Tara & Forest Glade Garden.
  5. Bayaran masuk $10 seorang.

2. Bright

  1. 3 jam dari bandar
  2. Ada Autumn Festival setiap tahun
  3. Boleh bergambar di tepi sungai berlatarkan warna-warni autumn.
  4. Tarikan utama Centenary Park & Canyon Walk.
  5. Ada banyak gunung yang boleh dilawati. Mount Beauty, Mount Buffalo & Mount Hotham.
  6. Terdapat banyak kampung kecil yang cantik seperti Porenpunkah & Bogong Village.
  7. Kalau nak puas hati boleh bermalam 1 malam. Boleh tengok milkyway kalau cuaca elok.

Baca:  6 Tip Mencari Salji Pada Musim Sejuk Di Melbourne

3. Dandenong ranges

  1. Sejam dari bandar
  2. Ada 2 taman boleh masuk percuma. George Tindale Garden, dan yang paling famous Alfred Nicholas Garden. Susah nak cari parking di hujung minggu.
  3. Aktiviti lain yang boleh dibuat di sini ialah naik steam train Puffing Billy, bagi makan burung Cockatoo kat Sherbrook dan petik buah di  Paynes Orchard.

Selamat berpuasa! Dan jemput layan gambar terbaru kami.

Bright

Alfred Nicholas Garden
George Tindale Garden
Macedon, rumah orang tepi jalan

Emerald Lake (pit-stop Puffing Billy)

Bright, otw balik dari Mount Beauty.
Alfred Nicholas Garden
Centenary Park

Honours of Avenue

George Tindale Garden
Lake Catani
Mount Beauty
Alfred Nicholas Garden

Bright, tepi jalan

Milkyway kat Bright autumn tahun lepas, tahun ni malas nak tunggu haha.

Baca lagi:  5 Tip Sebelum Anda Melangkah Keluar Dari Lapangan Terbang Melbourne, Australia