Nota Editor: Terima kasih buat Tuan Raziff Mahadzir kerana menulis dan sudi berkongsi nota ini dengan pengguna Vocket. Semoga nota ini membantu anda bertenang dalam mendapatkan perkara-perkara yang anda ingini dalam kehidupan. Semoga anda murah rezeki.

3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat Adalah:

1. Jodoh

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiada siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya bagaimana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh.

jodoh
Kureen

Kenapa eh?

Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita.

Kenapa eh?

Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga.

Setiap hari sedekahkan Al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh.

Jadilah yang soleh, dapatlah nanti yang solehah.

Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

2. Rezeki

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat.

jual-burger
Kosmo

Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi mampu membina empayar yang besar.

Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya.

Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham.

Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.

Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama.

Belajar pagi petang siang malam, result biasa-biasa. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham.

Kejayaan, keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah.

Sebab itu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan.

Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakinlah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.

Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya.

Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. Ajal maut

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur.

ajal-maut
Ahmad Raje

Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat.

Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar.

Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.

BACA: Ayah Syria Jual Pen Di Jalanan Kini Sudah Miliki 3 Kedai Makan

BACA: Pemilik RM150,000 Yang Berterbangan Di Lebuhraya Anggap Itu Bukan Rezekinya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram