Tidak berapa lama dahulu, gambar seorang ayah yang sedang mendokong anak sambil menjual pen di jalanan di Beirut, menjadi viral dan menyentuh hati-hati insan di seluruh dunia.

Abdul Halim al-Attar terpaksa menjual pen demi membeli keperluan harian dan makanan untuk keluarganya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila kisah beliau tersebar luas, kempen crowdfunding telah dibuka untuk beliau, sehingga akhirnya beliau mampu membuka 3 lagi bisnes baru.

Gambar Abdul Halim al-Attar menjual pen di Beirut telah tersebar luas. Selain Aylan Kurdi, wajah beliau juga menjadi simbol terhadap kesengsaraan yang harus dilalui oleh pelarian Syria.

Beliau cuba menjual pen di tepi jalan kepada kereta-kereta yang melintas di hadapannya. Keadaan panas membahang, beliau mendukung anak perempuannya yang sedang tidur, tetapi beliau terus melakukannya demi mengisi perut yang lapar.

Sekarang keadaan sudah berubah buat lelaki berusia 33 tahun ini.

Abdul Halim al-Attar sudah memiliki 3 bisnes iaitu sebuah bakeri yang dibuka 2 bulan lalu, kedai kebab dan sebuah restoren kecil.

Beliau juga menggaji 16 orang pelarian Syria yang lain. Kisah hidup mereka mula berubah apabila ayah dan anak perempuan ini dibantu oleh kempen online yang dinamakan 'buy pens', bertujuan untuk mengeluarkan keluarga ini daripada kemiskinan.

Kempen ini yang terdiri daripada satu akaun Twitter dan satu kempen crowdfunding, berjaya mengumpul dana sebanyak £120,000 atau RM765,000.

Kempen ini dimulakan oleh Gissur Simonarson, seorang wartawan dan pengaturcara web di Norway.

Abdul Halim menggunakan wang yang baru didapatinya untuk memulakan bisnes baru dan menderma kira-kira RM102,000 untuk keluarga dan rakan-rakan di Syria.

"Bukan sahaja hidup saya berubah, tetapi ia turut mengubah hidup anak-anak saya serta orang-orang yang saya bantu di Syria," katanya.

ayah-syria-02
16 orang pelarian Syria juga dapat bekerja. HUSSEIN MALLA/ASSOCIATED PRESS

Sejak kempen itu, anak lelakinya yang berusia 9 tahun dapat bersekolah semula setelah ketinggalan selama 3 tahun. Beliau dan anak-anaknya turut dapat berpindah daripada pangsapuri satu bilik kepada sebuah pangsapuri 2 bilik dalam sebuah bangunan yang masih belum siap dibina, menghadap lebuh raya Beirut.

Setakat ini, beliau baru mendapat 40% daripada keseluruhan sumbangan orang ramai. Yuran pemprosesan PayPal dan Indiegogo mencecah RM85,000. Oleh kerana PayPal tidak beroperasi di Lubnan, wang tunai dibawa sedikit demi sedikit oleh seorang rakan yang boleh mengeluarkan wang di Dubai.

Walau bagaimanapun, Abdul Halim al-Attar tetap bersyukur. Beliau memberitahu Associated Press, setiap hari perniagaannya mencapai tahap 'break-even' dengan pesanan roti segar dan shawarma yang berterusan daripada pekerja-pekerja dan keluarga di kawasan Ared Jaloul.

"Saya kena laburkan duit, kalau tak, ia akan hilang," katanya sambil menikmati sandwich ayam panggang.

ayah-syria-03
Abdul Halim dalam restoren Barunya. HUSSEIN MALLA/ASSOCIATED PRESS

Dalam hidup barunya, Abdul Halim tidak lagi berasa terpinggir.

Warga Lebanon dan Syria yang lain melayannya dengan lebih baik.

"Mereka menyambut saya dengan lebih baik sekarang apabila melihat saya. Mereka lebih menghormati saya," katanya sambil tersenyum.

BACA: Sukarelawan Malaysia Yang Memasak Untuk Pelarian Syria Di Greece Minta Tolong Ellen DeGeneres

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber