Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Para pengguna iPhone baru sahaja menerima kemas kini iOS 16 yang mana sebahagian daripadanya menghadapi masalah bateri drain yang ketara. Sebenarnya, terdapat beberapa tetapan iOS 16 yang perlu dibuat dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Walaupun pelbagai ciri menarik yang ditawarkan menerusinya, tidak semua perlu diaktifkan kerana majoriti ciri tersebut menggunakan bateri yang banyak. Oleh itu, anda perlu ubah segera tiga tetapan iOS 16 untuk penjimatan bateri seperti di bawah.

1. Buang widget

Sumber Gambar: cnet

Salah satu ciri menarik baru yang ditawarkan adalah pengenalan Widget pada skrin iPhone. Dengan ini, pengguna boleh mengakses sejumlah maklumat dengan mudah secara terus pada wallpaper skrin iPhone. Namun begitu, penggunaan ciri ini sememangnya memakan kuasa bateri iPhone yang tinggi.

Hal ini kerana widget memerlukan sambungan internet kerana sentiasa menerima info terkini dalam masa sebenar. Jadi, anda perlu membuang widget yang terdapat pada wallpaper yang digunakan atau pun menggunakan wallpaper yang tiada widget padanya.

Anda boleh membuang widget dengan klik pada lock screen selama beberapa saat selepas itu tekan pada Customize. Kemudian, klik tanda tolak pada widget yang dipaparkan untuk membuangnya. Widget paling utama untuk dibuang adalah weather kerana memakan jumlah bateri yang tinggi untuk beroperasi.

2. Mematikan ciri haptic

tetapan ios 16
Sumber Gambar: iphone in canada

Antara ciri baharu yang ditawarkan adalah ciri tindak balas papan kekunci yang dikenali sebagai haptic. Dengan ciri ini, pengguna boleh merasai gegaran setiap kali menaip dengan papan kekunci pada peranti. Walaupun terasa sangat premium dan lebih sedap untuk menaip, ia sebenarnya memberi kesan kepada ketahanan bateri.

Perkara ini telah dinyatakan oleh pihak Apple sendiri menerusi laman rasmi mereka yang mendakwa ciri haptic ini sememangnya memberi kesan kepada penurunan bateri sesebuah iPhone. Jadi, pengguna diingatkan untuk mematikan ciri tersebut sekiranya mahu mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama.

Jadi untuk mematikan ciri ini, anda boleh mengakses tetapan ciri haptic menerusi Settings kemudian klik pada Sound & Haptics dan selepas itu pergi pada Keyboard Feedback.

3. Menyaktifkan ciri Background App Refresh

Sumber Gambar: macrumors

Aplikasi pihak ketiga seperti Facebook dilaporkan menjalankan aplikasi di bahagian latar belakang secara tidak normal sehingga memakan bateri dengan banyak. Hal ini kerana aplikasi berkenaan mungkin masih belum dioptimasi dengan kemas kini sistem operasi terbaharu Apple.

Untuk menyahaktifkan ciri tersebut, anda perlu pada bahagian Settings kemudian klik General dan pilih Background App Refresh. Anda boleh pilih sama ada untuk menyahaktifkan ciri tersebut secara keseluruhan atau pun pilih sebahagian aplikasi yang paling banyak memakan kuasa bateri di dalam seharian.

Tips bonus buat pemilik iPhone 14 Pro yang mana disarankan untuk mematikan ciri Always On Display menerusinya. Ini kerana ciri tersebut menjadi punca utama mengapa bateri iPhone anda jadi cepat habis di dalam kegunaan seharian.

Diharapkan dengan tutorial di atas dapat memberikan solusi bagi mendapatkan ketahan bateri yang lebih baik pada iPhone anda. Anda juga boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai pengguna iPhone boleh memanfaatkannya.