Nota Editor: Artikel ini telah ditulis oleh Muhammad Subadron, seorang research assistant di UKM.

Ramai yang mempunyai impian untuk travel dan setiap perjalanan serta pengembaraan ke dunia luar daripada kawasan tempat tinggal kita pasti diiringi dengan matlamat yang tertentu. Sesetengah traveler menetapkan aim mereka bagi kepuasan diri di samping untuk melihat dunia luar. Antaranya ingin merasai makanan dari pelbagai tempat, ingin melawat ke tempat bersejarah, ingin menikmati suasana empat musim dan banyak lagi. Seperti traveler lain, saya juga mempunyai matlamat sendiri iaitu ingin menguasai bahasa asing sepanjang kembara saya sebagai traveler.

Saya percaya terdapat segelintir daripada kita mempunyai keyakinan yang kurang untuk travel ke luar negara kerana faktor bahasa. Dalam hal ini, saya tekankan kepada bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa asing yang dominan dengan negara kita di samping bahasa Arab.

Semenjak UPSR lagi sampailah MUET, bahasa Inggeris merupakan satu daripada subjek yang selalu mencacatkan keputusan peperiksaan saya. Belajar bahasa bukanlah sesuatu yang menarik minat saya semasa di bangku sekolah. Walau bagaimanapun, perspektif itu berubah apabila saya mula menunjukkan minat untuk travel ke luar negara. Saya mula minat untuk menguasai bahasa Inggeris setelah saya mempunyai kawan-kawan asing dari pelbagai negara. Bukan sahaja bahasa Inggeris malah juga bahasa Arab, Tagalog dan juga Mandarin.

Hal ini banyak membantu saya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terutamanya dalam peperiksaan. Dengan berbekalkan Band 2 dalam MUET, saya berjaya skor A untuk beberapa subjek di universiti yang berkaitan dengan bahasa Inggeris. Sekarang saya dalam misi untuk mencabar diri saya untuk skor dalam IELTS bagi membuka ruang saya untuk marketkan diri melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Terdapat 4 cara yang boleh dipraktikkan untuk menguasai bahasa Inggeris semasa Travel.

4 Cara Kuasi Bahasa Inggeris Semasa Travel

1. Lawati negara yang tidak mempunyai bahasa yang serumpun dengan bahasa natif anda (BM)

A photo posted by Vocket (@thevocket) on

Salah satu situasi yang memaksa kita untuk berkomunikasi dalam bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris ialah dengan melawat ke negara yang tidak mempunyai penutur natif yang sama dengan bahasa ibunda anda. Salah satu cara untuk survive di negara luar semasa travel ialah dengan berkomunikasi. Komunikasi penting bagi melancarkan perjalanan kembara kita dan membantu kita bagi menangani masalah yang timbul semasa dalam kembara. Situasi seperti ini membantu kita untuk meningkatkan keyakinan kita untuk bercakap dalam bahasa Inggeris kerana kita tidak mempunyai pilihan lain. Usah dibimbang dengan grammatical error. Itu memang lumrah lisan tidak mengikut tatabahasa yang betul, bukan sahaja BI malah BM. Asalkan maksud dan maklumat yang hendak diujarkan sampai kepada pendengar sudah memadai.

Pengalaman saya: Korea Selatan merupakan negara pertama yang saya jejaki sebagai solo traveler. Sebagaimana yang kita maklum, Korea Selatan merupakan negara yang menuturkan bahasa yang berbeza dengan rumpun bahasa Melayu. Oleh itu, bagi memudahkan perjalanan saya di Korea Selatan, bahasa Inggeris merupakan satu-satunya bahasa yang membantu saya sepanjang pengembaraan saya di sana. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang popular di Korea seperti di Malaysia. Amat sukar untuk saya jumpa masyarakat di sana yang sekurang-kurangnya boleh faham dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Situasi ini juga memaksa saya untuk mempelajari sekurang-kurangnya perkataan-perkataan asas bahasa Korea.

2. Cari kawan sembang dan banyakkan bercakap

A photo posted by Vocket (@thevocket) on

Sebaiknya semasa pengembaraan kita ke luar negara, carilah kawan yang terdiri daripada warga asing terutama penutur natif bahasa Inggeris. Kawan sembang adalah elemen penting bagi membolehkan kita mempraktikkan kita berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Di samping berkomunikasi, kita juga boleh jadi pendengar dan mempelajari sebutan bahasa Inggeris dengan betul daripada kawan sembang tersebut. Dalam situasi ini, lebih afdal untuk kita banyakkan bercakap daripada mendengar. Bercakap (speaking) merupakan cara yang paling mujarab untuk kita menguasai bahasa asing. Tiada guna seandainya kita faham dan mahir bahasa Inggeris dalam peperiksaan tapi tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Bahasa merupakan sesuatu yang perlu diamal bukan sekadar dipelajari. Selain itu, elakkan bercakap tentang topik yang berat dan tidak familiar. Topik seperti cuaca, pengalaman travel anda, latar belakang keluarga dan apa sahaja topik yang melibatkan vocabulary yang mudah adalah digalakkan.

Pengalaman saya: Sebagai solo traveler, saya memanfaatkan komuniti Couchsurfer untuk dijadikan sebagai kawan sembang. Saya menumpang berteduh di tempat tinggal penduduk tempatan dan merasai pengalaman untuk menjalani kehidupan bersama mereka. Semasa saya couchsurf di Australia, hos saya telah menerima beberapa traveler daripada pelbagai negara seperti Brazil, Jerman, Perancis dan Malaysia. Saya mengambil peluang tersebut untuk bersembang dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Apa yang perasaan mereka yang berasal daripada Brazil, Jerman dan Perancis juga bukanlah penutur natif bahasa Inggeris, namun kami mampu bersembang sesama sendiri dalam bahasa Inggeris tanpa rasa malu dan tidak yakin.

3. Mengemaskini nota, social media dan diari perjalanan anda dalam bahasa Inggeris.

A photo posted by Vocket (@thevocket) on

Satu daripada tabiat traveler barat yang saya contohi ialah membuat diari yang berkaitan dengan kembara kita di luar negara. Cuba latih diri kita untuk menulis diari kita dalam bahasa Inggeris dengan ayat yang paling mudah. Begitu juga dengan nota tentang perjalanan kembara kita. Nota yang dimaksudkan termasuklah initerary, back up plan dan lain-lain yang diperlukan semasa kembara kita ke luar negara. Seandainya di tempat anda mempunyai akses wifi ambil peluang tersebut untuk mengemaskini segala akaun media sosial anda dengan menggunakan bahasa Inggeris. Untuk lebih menarik sediakan satu buku memori khas untuk kawan-kawan baru anda menukilkan kata-kata kenangan mereka dalam buku tersebut.

Pengalaman saya: Twitter merupakan medium yang paling mudah dan selamat untuk saya kongsikan setiap detik perjalanan saya ke luar negara. Dengan keterhadan aksara sebanyak 140 sahaja saya boleh membuat ayat dalam bahasa Inggeris yang simple tanpa menulis panjang lebar.

4. Sertai group whatsapp, wechat dll dengan traveler asing.

A photo posted by Vocket (@thevocket) on

Penggunaan whatsapp dan wechat bukanlah sesuatu yang asing pada masa sekarang. Saya percaya hampir seluruh dunia menjadikan whatsapp/wechat sebagai medium yang paling mudah untuk berkomunikasi. Dengan menyertai group whatsapp/wechat dengan traveler asing anda akan lebih aktif berkomunikasi secara tulisan dengan mereka dalam bahasa Inggeris.

Terdapat banyak lagi cara untuk menguasai bahasa Inggeris dengan travel dan semua cara yang telah saya ketengahkan merupakan pengalaman yang saya sendiri lalui semasa saya travel. Sekiranya menguasai bahasa Inggeris merupakan matlamat utama anda untuk travel maka saya sarankan anda untuk travel secara solo. Insyallah lebih berkesan. Sekian sahaja perkongsian daripada saya. Sila singgah ke group FB UKM Backpacker Stories untuk cerita travel yang lebih menarik daripada saya dan rakan-rakan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram