Apabila berkata tentang Seremban, saya hanya teringatkan kehebatan rasa masak lemak cili api. Amat sukar untuk memikirkan bandar Seremban sebagai sebuah destinasi pelancongan, selain daripada makanannya yang sedap. Sehinggalah saya bertemu beberapa resort menarik ketika membuat kajian tentang Seremban. Resort-resort ini amat sesuai untuk percutian ala staycation – iaitu percutian dengan hanya berehat atau membuat aktiviti di sekitar tempat penginapan. Ia adalah gaya percutian yang sempurna buat mereka yang hanya mahu berehat dan melarikan diri daripada kesibukan kotaraya. Sementelah lagi, 4 resort ini hanya memakan masa 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Ikuti 4 resort percutian staycation yang menarik di Seremban ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. The Dusun

The Dusun menawarkan udara segar, pemandangan hutan yang hijau, langit yang biru dan kicauan burung, cengkerik dan katak. Ia bermula sebagai rumah percutian keluarga Helen dan David dan 5 orang anaknya, dan apabila mereka menyedari rakan-rakan mereka juga menyukai tempat itu, mereka mula membangunkan tempat itu secara perlahan-lahan. Bermula dengan satu rumah (Tembusu House), kini mereka menawarkan 4 lagi rumah percutian untuk disewa iaitu Berembun House, Perling House, Emas House dan Sora House.

thedusun.com.my
thedusun.com.my

BACA Juga: 14 Tempat Makan Menarik Dan Halal Di Seremban, Negeri Sembilan

Terdapat dua buah kolam renang infiniti dalam resort ini. Kemudahan lain termasuklah dapur yang dilengkapi alatan dan bahan-bahan asas memasak di setiap rumah, pit barbeku, sarapan (termasuk dalam harga bilik), katering, patio, taman sesuai untuk majlis, dan perkhidmatan fotografi.

thedusun.com.my
thedusun.com.my

Antara aktiviti yang ditawarkan ialah acara merentas hutan  untuk pergi ke kawasan air terjun, bird-spotting atau mengesan burung dalam kawasan hutan, perkhidmatan mengurut, taman rusa, taman burung unta (10 minit perjalanan) dan Muzium Sri Menanti.

the-dusun-05
thedusun.com.my

Dapatkan maklumat lanjut menerusi laman web The Dusun.

2. Awan Mulan

Awanmulan adalah tempat persembunyian sempurna buat mereka yang sukakan suasana sunyi, diselang seli dengan bunyi alam semulajadi. Awanmulan terdiri daripada 7 buah rumah iaitu Teratak Bonda, Kesidang, Sunrise, Sasterawan, Evensong, Durian Runtuh dan Rahsiah.

awan-mulan-05
awanmulan.com

Nama ‘Awan’ diambil bersempena kabus yang meliputi kawasan ini pada pagi hari dan nama ‘Mulan’ diambil daripada nama haiwan kesayangan pemilik resort ini yang telah ‘pergi’. Awanmulan mempunyai dua buah kolam renang air masin, di mana salah satu daripadanya menghadap pemandangan hutan, dan lagi satu menghadap pemandangan matahari terbenam.

awan-mulan-06
awanmulan.com

Awanmulan juga menyediakan dapur yang dilengkapi alatan dan bahan-bahan asas di setiap rumah, sarapan (termasuk dalam harga bilik) dan katering. Tetamu adalah dengan jemputan sahaja (walk-in tidak diterima) dan terdapat sungai dan air terjun di kawasan berhampiran.

awan-mulan-03
awanmulan.com

Layari laman web Awanmulan untuk maklumat lanjut.

3. The Shorea

The Shorea adalah gugusan 4 buah rumah yang terdiri daripada Villa Shorea, Villa Halia, Villa Bougainvillea dan Villa Kemboja. The Shorea dibina menghadap Hutan Simpan Berembun seluas 4000 ekar dengan ketinggian sebanyak 3900 kaki.

the-shorea-05
FB The Shorea

Nama Shorea diambil bersempena dengan nama genus 196 spesis pokok hutan seperti Balau, Cengal, Meranti dan Keruing. Resort ini menggunakan kayu balak bergen Shorea dan kayu-kayu kitar semula yang sebagai bahan binaan utama.

the-shorea-02
Google+ The Shorea

Seperti resort-resort lain, The Shorea menyediakan dapur di setiap villa yang dilengkapi alatan dan bahan-bahan asas di setiap rumah, sarapan (termasuk dalam harga bilik), pit barbeku dan katering. Mereka juga menyediakan Shorea Dining Pavilion, iaitu dapur kongsi yang menyediakan ketuhar dan tempat penyediaan makanan yang lebih besar. Selain itu, mereka mempunyai kolam renang, plunge pool dengan air masin dan dek santai yang luas. Anda boleh melakukan aktiviti merentas hutan dan melawat air terjun di sini.

the-shorea-04
theshorea.com

Lawati laman web The Shorea untuk maklumat lanjut.

4. Cabinz Ecottage

Cabinz Ecottage adalah sekumpulan kabin dengan gaya rustik. Unsur binaan seperti batu-bata dan kayu yang terdedah hanya mengingatkan kita kepada alam Cowboy! Terdapat 4 jenis bilik iaitu Diamond, Jade, Sapphire dan Ruby, dengan keluasan minima sebanyak 550 kaki persegi.

cabinz-ecottage-01
cabinzecottage.com

Resort ini menyediakan sebuah kolam renang infiniti. Selain itu, anda boleh membuat aktiviti seperti rentas hutan, barbeku atau mengunjungi air terjun.

cabinz-ecottage-02
cabinzecottage.com

Ataupun anda boleh sekadar mengambil angin di sekitar kawasan kabin kerana ianya mempunyai satu pemandangan saujana mata memandang. Jangan lupa untuk mengunjungi ruang Pavilion untuk riadah waktu pagi anda, kerana ia juga menyediakan mesin latihan berat asas di sini.

cabinz-ecottage-03
cabinzecottage.com

Lawati laman web Cabinz Ecottage untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan kehadiran 4 buah resort ini, ia bakal mencetuskan lebih banyak produk-produk pelancongan baru buat Seremban. Sebuah negeri yang penuh budaya dan penghuni yang ramah-tamah seperti Negeri Sembilan, pasti mempunyai banyak perkara yang menarik untuk dikongsikan dengan pengunjung.

BACA Lagi: 7 Sebab Kenapa Ipoh Adalah Destinasi Percutian Paling Hipster Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram