Memiliki sebuah backpack yang serba lengkap dengan sejumlah ruang serta utiliti sememangnya boleh memudahkan aktiviti seharian anda. Sebahagian daripada kita ada yang mempunyai laptop sebesar 16-inci namun tidak mengetahui model backpack yang bersesuaian.

Terdapat beberapa jenama terkemuka yang sedia menawarkan bukan sahaja ruang laptop yang besar malahan padding tebal pada bahagian belakang untuk keselesaan digalas sepanjang hari. Mari kita lihat lima pilihan backpack terbaik untuk laptop 16-inci yang anda boleh pertimbangkan.

Baca Juga:

1. Osprey Nebula

Sumber Gambar: Shopee

Beg Osprey Nebula ini sedia menjadi pilihan ramai bagi kegunaan seharian. Beg ini tampil dengan binaan yang berkualiti termasuklah ciri kalis air serta fabrik yang tahan lasak. Selain mempunyai panel belakang yang lembut, beg berkapasiti 32L ini lengkap dengan sejumlah poket khas bagi memudahkan pengurusan barang serta kemudahan akses di dalam seharian.

Paling utama sekali, bahagian penyimpanan laptop 16-inci ini mempunyai lapik tebal untuk melindunginya daripada impak terjatuh. Terdapat dua harness pada bahagian dada dan pinggang yang bakal meringan beban jika anda memuatkan barangan sehingga beg penuh untuk tujuan kerja di luar kawasan.

Kini anda boleh dapatkan beg Osprey Nebula pada harga RM619 di Shopee atau di Lazada berharga RM693.

Beli Sekarang Osprey Nebula Di Shopee

Beli Sekarang Osprey Nebula Di Lazada

2. The North Face Recon

Sumber Gambar: Shopee

Jenama terkemuka The North Face juga menawarkan sebuah beg yang kompak dengan ruang simpanan yang fleksibel pada harga berbaloi. North Face Recon ini mempunyai kapasiti ruang 30L dengan beberapa compartment  dan poket khas yang fleksibel untuk tujuan penyimpanan barangan peribadi dengan lebih tersusun.

Bukan itu sahaja, beg ini turut menitik beratkan keselesaan dan tahan lasak jadi ia diperbuat daripada bahan nilon dan polister. Sistem suspensi The FlexVentâ„¢ yang tersedia sedia menawarkan panel belakang dan tali bahu yang empuk bagi keselesaan menggalas seharian.

Anda boleh dapatkan The North Face Recon ini dengan harga RM799 menerusi Shopee.

Beli Sekarang The North Face Recon Di Shopee

3. AER Tech Pack 2

backpack terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, AER Tech Pack 2 telah direka khas untuk memastikan setiap barangan teknologi seharian yang dibawa lebih tersusun dan selamat. Beg AER ini mempunyai binaan yang tahan lasak bersama zip YKK yang kalis air untuk perlindungan terbaik bagi ruang simpanan.

Rekaan pula tampak premium dengan padanan warna hitam sekaligus sesuai untuk digunakan untuk tujuan bisnes, kerja dan sebagainya. Menariknya, mempunyai sejumlah ruangan untuk memuatkan laptop, telefon pintar, snek dan sebagainya di samping mempunyai struktur rangka yang akan memastikan beg sentiasa dalam keadaan tegak apabila anda meletakkannya.

Jika anda berminat dengan AER Tech Pack 2, boleh dapatkan di Shopee dan Lazada pada harga RM800.

Beli Sekarang AER Tech Pack 2 Di Shopee

Beli Sekarang AER Tech Pack 2 Di Lazada

4. Evergoods Civic Panel Loader Classic

backpack terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Anda mahukan sebuah beg kasual yang boleh memuatkan laptop 16-inci ke atas? Ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang mahu bergerak bersama laptop yang besar. Dengan rekaan yang ergonomik, tersedia dua ruangan utama bersama poket organisasi terbina untuk menyusun barang dengan kemas.

Beg ini diperbuat daripada nilon balistik dalam menjamin ketahanan serta lebih mudah dibasuh apabila terkena kekotoran. Poket depan pula direka lebih fleksibel sekaligus boleh memuatkan baju atau kasut yang mana boleh diakses dengan mudah apabila diperlukan.

Anda boleh dapatkan beg serba guna pada harga RM895 menerusi Shopee sementara di Lazada sekitar RM881.

Beli Sekarang Evergoods Civic Panel Loader Classic Di Shopee

Beli Sekarang Evergoods Civic Panel Loader Classic Di Lazada

5. Able Carry Max Backpack

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, backpack terbaik yang dikeluarkan oleh jenama Able Carry turut mendapat tempat di kalangan pengguna. Hal ini kerana terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik dengan rekaan yang minimalis. Seperti beg yang lain, beg ini mempunyai ciri kalis air yang turut akan melindungi setiap barangan dengan efektif.

Dengan kapasiti 30L, beg ini boleh memuatkan laptop 17-inci dan ke atas tanpa sebarang masalah. Untuk memastikan seharian anda lebih efisien, kesemua ruangan telah direka khas agar mudah untuk dicapai tangan. Dari segi keselesaan menggalas beg, ia dilengkapi dengan padding yang tebal pada bahagian belakangnya.

Kini anda boleh mendapatkan beg jenama Able Carry pada harga RM1,170 melalui Shopee atau di Lazada RM1,152.45.

Beli Sekarang Able Carry Max Backpack Di Shopee

Beli Sekarang Able Carry Max Backpack Di Lazada

Berdasarkan penyenaraian di atas, AER Tech Pack 3 merupakan pilihan backpack terbaik kerana mempunyai kombinasi binaan yang berkualiti serta ruangan yang cukup besar untuk menyimpan kesemua barangan keperluan seharian. Malah, majoriti reviewer turut memberikan komentar positif berkenaan beg tersebut.

Memiliki backpack terbaik sememangnya memerlukan modal yang besar memandangkan ia tampil dengan sejumlah ciri menarik untuk memudahkan aktiviti seharian anda. Ini termasuklah menyediakan sejumlah ruangan organisasi terbina serta mempunyai sistem padding yang bagus untuk digalas dengan selesa.

Sumber