Jika sekali imbas, lelaki adalah makhluk yang tidak sukakan hal remeh temeh.

Tapi benarkah begitu? Sebenarnya tidak. Itu hanyalah cara mereka menutup ego saja agar tetap kelihatan sado di mata wanita yang dicintai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut kami bawakan 5 perkara remeh yang sebenarnya lelaki suka jika wanita lakukan untuk mereka.

1. Berikan perhatian

Ye, lelaki juga sebenarnya suka jika mereka diberikan perhatian terutama jika sedang demam atau jatuh sakit. Inillah sebenarnya peluang untuk mereka bermanja dan sedikit mengada. Caranya mudah saja. Buatkan mereka bubur nasi sewaktu mereka tidak sihat.

Selain dari itu, berikan perhatian kepada perkara selain dari diri mereka. Antaranya mengingati tarikh hari jadi ibu bapa mereka. Mengingatkan mereka untuk potong rambut dan kuku juga adalah hal remeh yang buat lelaki rasa di hargai.

Hasilnya, mereka pasti teringatkan anda bila berjauhan.

2. Dewasa dan bijak

Biasanya lelaki mudah rimas bila wanita kelihatan mengada dan banyak merengek.

Mereka lebih menyukai wanita yang kelihatan bijak dan dewasa terutama diwaktu mereka sedang menghadapi masalah. Diwaktu begini, selalunya lebih mudah untuk mereka meminta pendapat dan pandangan anda jika mereka tahu anda seorang yang bijak dan boleh membantu mereka mencari solusi bersama.

love-2

3. Sederhana berbelanja

Zaman ini, wanita yang sederhana dan tidak boros sering menjadi pilihan berbanding yang suka membeli belah sakan. Maklumlah dengan GST dan kenaikan harga barang, pastinya lelaki lebih menghargai pasangan yang berbelanja dengan bijak.

4. Bersifat keibuan

Memiliki sifat keibuan dan mengambil berat boleh buat lelaki lebih mudah untuk merindui pasangannya. Nampak saja sado, mereka ini sebenarnya suka dimanjakan. Apatah lagi jika dia adalah ‘anak mak’.

5. Masak makanan kegemaran mereka

Jika anda berjaya memikat selera mereka dengan masakan kegemaran, pasti dia akan teringat-ingat bila berjauhan.

BACA: 5 Petanda Lelaki Sangat Mahu Melamar Anda

BACA juga: Lamar Si Gadis Kerana Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Sikapnya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram