Bila dijemput ke pentas untuk berkongsi pengalaman bekerja di Glasgow aku agak gigil. Setahun jagung di Glasgow, ada orang juga yang mahu mendengar pengalaman aku. Aku tidak tahu apa expectation yang datang, rupanya ramai orang kita cari peluang ke luar negara.

Syukurlah. Malaysia masih aman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi aku rasa ramai lebih berminat untuk aku kongsi tentang proses perubahan hidup sehingga tercampak ke Glasgow. Jadi aku kongsikan beberapa tips yang aku tambah daripada catatan wartawan awam Ali Imran yang rajin. Mungkin tips penting juga untuk kau.

1. Di UK, kemahiran dinilai tinggi

Kalau kau pandai masak, menjahit, make up, menyanyi, wiring letrik dan seumpamanya, memang ada tempat. Kemahiran itu sama pentingnya seperti doktor, engineer. Tapi satu yang kau perlu usahakan, dapatkan kemahiran yang diperakui. Kalau boleh ada sijil. Memperolehi kemahiran di Malaysia secara puratanya lebih mudah dan murah berbanding di UK.

Gaji minimum £7.20. Tapi anak aku nak belajar asas vokal dan muzik dikenakan bayaran antara £15 hingga £25. Bermaksud ada skil, nilai kerja kau bertambah. Gaji bertambah. Nota : gaji sejam tu cukup untuk kau beli beras sekilo, telur 15 biji, susu 2 liter dengan baki £5 lagi dalam tangan.

2. Umur 30-33 umur yang sesuai untuk berhijrah

Masa tu mungkin kau sudah sedikit matang, pandai uruskan kewangan, skill bertambah, konfiden level pun sudah tinggi sikit. Sebelum itu, aku rasa kau berhijrah sebab seronok tengok orang main salji je. Masih hingusan. Mungkin.

Aku mula merancang pada umur 35. Hoho. Terlajak sikit, tapi aku dapat capai beberapa tahun selepas itu. Jika sudah cecah 40, peluang ada sedikit nipis. Di Australia kalau tidak silap, maksimum umur yang diterima jadi penduduk tetap adalah 42.

Mana ada negara nak orang tua. Banyak penyakit nanti.

Baca: 5 Perkara Buat Aku Lihat Dunia Pekerjaan Dari Sudut Berbeza Lepas Pindah Ke Scotland

tip-bekerja-di-uk-2

3. Secara umum ada 3 cara pilihan untuk masuk ke sesuatu negara

Pendidikan tinggi, skill tinggi atau kau ada duit berkoyan. Kau kena tahu, tiap negara mahu orang yang berkualiti tinggi. Supaya dia boleh kenakan cukai tinggi untuk pendapatan negara.

Kalau kau ada UK degree, memang satu kelebihan. Tapi CGPA mestilah baik, jangan rendah sangat. Tahap rendah sikit dari Maslan 3.85 dan sekitarnya pun masih okeh boi.

4. Ada beberapa jenis visa pilihan popular

Sebagai pekerja Tier 2, sebagai pelajar atau sebagai usahawan. Keperluan visa kau boleh rujuk dalam laman web rasmi gov.uk. Aku nak bagi nasihat lebih, kurang sesuai, sebab kerap berubah.

Mana visa paling senang? Ikut pilihan laluan mana kau pilih. Kalau kau pilih pendidikan, kau mohon visa pelajar, kalau kau ada skill tinggi, kau pilih laluan pekerja, atau kalau duit berkoyan dan minat business, kau mohon visa usahawan. Mana ada yang senang, semua ada kelebihan dan kekurangan.

Kau boleh kerja di UK dengan cara yang lain, cara haram. Sebab Malaysia diberi 6 bulan tanpa visa. Tapi kalau boleh, kau matang sikit. Tindakan kau boleh merosakkan peluang orang lain pula di masa hadapan jika tertangkap. Makin susah nanti bila kerajaan ketatkan peraturan sebab abuse yang kau dah buat. Ikut jalan biar lurus.

5. Kau kena datang dulu, belajar hidup seperti orang tempatan

Sewa rumah, kerja part time, pergi pasar, naik public transport. Niatkan lebih dari melancong. Kalau kau tengok kehidupan lebih dari itu, kau akan lebih matang dan bukan mengejar keseronokan semata-mata.

Orang UK sendiri tidaklah selalu ke outlet Prada atau LV. Biasa ke Tesco atau Asda aje. Tapi bila kita ramai-ramai datang UK melancong, tengok benda yang seronok, cantik dan wangi sahaja. Tiba-tiba rasa nak pindah UK. Ohoi!

Untuk bangsa lain, merantau dan berhijrah ini benda yang mereka sudah lamaa buat. Bukan sesuatu yang istimewa, hijrah itu dengan niat mencari kehidupan yang lebih baik. Lebih dari mencari sehelai baju Hard Rowk Kepeh.

Itu je tips aku kali ini.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Orang biasa bukan ada-ada.

Baca lagi: 6 Sebab Kenapa Berhijrah Ke Luar Negara Itu Baik Untuk Aku Dan Mungkin Juga Kau