Pada hari ini saya nak berikan beberapa tips khas bagi yang pertama kali ingin menggunakan platform Airbnb apabila travel bersama keluarga ataupun secara solo.

Sebenarnya kita boleh kurangkan kos penginapan jika kita tahu caranya, lebih-lebih lagi kalau melibatkan ahli keluarga yang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada tinggal di hotel yang mungkin agak sempit dan mahal, lebih bagus sebenarnya kalau kita pilih penginapan yang tersenarai dalam Airbnb.

Harganya mungkin jauh lebih murah, dengan ruang yang lebih besar dan lokasinya pula terletak betul-betul di tengah bandar.

Sebagai tetamu, ada beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan penginapan yang kita idamkan mengikut bajet yang kita inginkan.

tip-buat-tempahan-di-airbnb-1

1. Lakukan carian spesifik mengikut lokasi yang kita inginkan.

Dengan meletakkan lokasi yang tepat, jumlah tetamu, kadar harga, jenis penginapan dan sebagainya, kita akan dapat senarai penginapan Airbnb mengikut spesifikasi yang kita telah tentukan di peringkat awal.

Sebagai contoh, sekiranya saya ingin ke Istanbul dan menginap berdekatan dengan ‘Blue Mosque’, saya boleh buat carian dengan menaip ‘Sultanahmet’ dan semua penginapan di sekitar kawasan Sultanahmet akan disenaraikan oleh Airbnb.

2. Pilih beberapa penginapan yang memenuhi kriteria

Pada peringkat awal, cuba kenal pasti lebih daripada 3-5 penginapan yang telah disenaraikan oleh Airbnb dan lihat maklumat setiap ‘listings’ termasuklah siapa hos, kemudahan yang disediakan, gambar-gambar unit dan sebagainya.

Pastikan gambar-gambar tersebut mempunyai tulisan ‘Verified Photo’ yang menunjukkan ia adalah unit sebenar yang akan kita dapat apabila ‘check-in’.

Kadang-kadang saya akan cuba cari unit penginapan yang mempunyai mesin basuh sekiranya ingin tinggal lama di sesuatu tempat.

Ia akan menjimatkan kos dobi dan tak perlu lagi membawa pakaian kotor sekiranya ingin ke lokasi lain pula selepas itu.

Baca: 20 Cara Buat Duit Untuk Anda Yang Suka Travel

3. Berkomunikasi dengan semua ‘potential hosts’ sebelum membuat tempahan

Biasanya saya akan menghantar mesej yang hampir sama kepada semua hos yang telah dikenalpasti dan cuba bertanya sama ada mereka boleh berikan diskaun (sekiranya menginap lebih daripada 1 malam).

Dengan cara ini juga kita akan dapat kenalpasti siapa hos yang sangat ‘responsive’ atau sebaliknya.

Pastikan juga hos turut mempunyai ‘verified profile’ supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Boleh lihat juga ‘review’ positif / negatif yang telah diterima oleh mereka daripada tetamu terdahulu.

Saya telah beberapa kali mendapat ‘deal’ yang bagus apabila menggunakan teknik ini (komunikasi awal dengan hos).

Sewaktu travel ke Athens, hos kami telah menawarkan perkhidmatan ‘airport transfer’ dengan harga yang berpatutan. Paling mengujakan, hos juga telah menyediakan pakej untuk ke Terusan Corinth, Mycenae dan Nafplio (terletak agak jauh juga daripada Athens) di mana pemandu kami ialah suami beliau sendiri.

tip-buat-tempahan-di-airbnb-2

4. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada semua ‘potential hosts’.

Walaupun tempahan belum dibuat, kita boleh dapatkan segala macam maklumat daripada mereka.

Secara tidak langsung kita telah mendapat ‘local infos’ yang tidak ternilai harganya. Dengan melihat kepada jawapan yang diberikan oleh mereka, kita juga akan dapat mengenalpasti hos yang betul-betul berminat untuk menerima kita sebagai tetamu.

Ini adalah kerana di sesetengah lokasi terdapat hos yang mempunyai penginapan tetapi mereka tidak menguruskannya sendiri.

Dalam ertikata lain, mereka cuma menjadikan Airbnb sebagai platform menjalankan bisnes dan tidak berminat untuk ambil tahu siapa tetamu mereka.

Ini akan menyebabkan tetamu akan rasa pengalaman seperti tinggal di hotel kerana layanan yang diterima adalah ‘biasa-biasa’.

Banyak lagi perkara yang boleh dibuat dengan menggunakan Airbnb, tetapi sebagai seorang tetamu beberapa tips di atas sudah cukup untuk kita mengenalpasti penginapan yang sesuai dan diuruskan oleh hos yang hebat.

Last but not least jika anda belum mendaftar dengan AirBnB dan ingin lakukan demikian bolehlah mendaftar di link berikut. Anda akan menerima diskaun sebanyak RM80 (USD20) bagi setiap pendaftaran yang dibuat melalui link ini.

“Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path & leave a trail”.- Ralph Waldo Emerson

Baca lagi bagaimana Pengalaman Sewaktu Travel Akhirnya Membantu Saya Jana Pendapatan Lumayan Melalui AirBnB