Telah travel ke banyak negara memberi peluang untuk saya mempraktikkan beberapa tips agar pengembaraan saya berjalan lancar dan adakalanya lebih cepat. Berikut saya kongsikan 5 tip travel sempoi yang anda juga boleh cuba.

1. Masa nak check-in, minta tampalkan pelekat ‘fragile’ pada bagasi

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerana setiap bagasi yang ada tampal pelekat ‘fragile’ biasanya akan diletak bahagian paling atas, bagasi akan lebih terjaga dan lebih cepat masa di bagian tuntutan bagasi, tak perlu tunggu lama.

2. Tanam benda berharga dalam pasir

Tip ini boleh guna masa pergi berkelah tepi pantai, pergi satu keluarga tak seronoklah kalau salah seorang terpaksa duduk tepi pantai untuk jaga barang. Salah satu cara yang selamat ialah bungkus barang berharga seperti telefon bimbit dan beg duit dalam plastik, tanamkan dalam pasir dan hamparkan tikar di atasnya. Kemudian boleh terjun laut mandi puas-puas. Kalau ada pencuri nak cuba curi sekalipun akan ambil masa yang lama untuk korek.

Psst. Jangan pula tanam, tapi tak buat tanda, alamatnya memang tak jumpalah nak korek balik, naya.

3. Pakai jaket atau bawa beg galas kecil ketika di lapangan terbang

Hampir kesemua lapangan terbang akan ada beberapa pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke bilik pelepasan. Tujuannya adalah untuk memudahkan ketika tiba di mesin imbas bagasi, boleh masukkan semua gadget, beg duit, boarding pass, paspot dan lain-lain ke dalam poket jaket atau beg galas.

Masa sampai di mesin imbas hanya perlu buka jaket dan letakkan dalam bekas yang disediakan, senang dan cepat, selepas selesai boleh terus ambil jaket dan pergi, tak perlu untuk kutip satu persatu barang dalam bekas tersebut.

Baca: 15 Senarai Semakan Dan Persediaan Sebelum Anda Travel Ke Luar Negara

4. Simpan kad bisnes hotel penginapan ke mana saja pergi

Sangat berguna ketika sesat jalan atau tak jumpa jalan untuk pulang, terutamanya apabila pergi ke negara yang majoriti penduduknya tidak boleh berbahasa inggeris, solusinya tunjukkan kad bisnes tersebut pada pemandu teksi, dengan izinnya akan dapat sampai kembali ke hotel penginapan.

5. Simpan duit dalam tempat yang tersembunyi

Masa mengembara saya suka simpan duit pecah-pecah, salah satu tempat kegemaran saya simpan duit ialah dalam tiub pelembab bibir (lip balm). Kebiasaannya si pencuri akan cari benda yang nampak berharga untuk dicopet, macam tiub pelembab bibir memang tak pandang dah, saya letak tepi poket beg galas pun tiada siapa yang peduli. Tidur lena 200 dolar duduk dalam tiub tu. Huhu.

Semoga bermanfaat.

Baca lagi: 10 Tip Daripada Kembara ‘Awesome’ Kami Ke Kashmir Di Musim Sejuk