Sebagai seorang fresh graduate, mengawal perbelanjaan merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan. Mengawal perbelanjaan dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan di masa hadapan.

Di sini saya sertakan beberapa tips di dalam mengawal perbelanjaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

graduan-2

1. Membuat anggaran perbelanjaan

Membuat anggaran perbelanjaan atau budgeting antara perkara penting dalam menguruskan wang anda.

Setiap bulan, anda perlu membuat anggaran perbelanjaan dalam memastikan duit gaji yang diterima tidak habis begitu saja.

Sebagai contoh, sekiranya anda bergaji RM2,500.00, anda boleh membuat anggaran perbelanjaan seperti dibawah

SEWA RUMAH: RM 250
MAKANAN: RM 500
BIL: RM 100
IBU BAPA: RM 200
PTPTN: RM 200
KERETA: RM 600
SIMPANAN: RM 250
……………………………
JUMLAH: RM2,100.00
……………………………

Dengan melakukan budgeting, anda dapat mengawal aliran wang tunai dari keluar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan anda tahu ke mana wang gaji anda yang anda perolehi setiap bulan.

2. Tangguhkan pembelian kereta

Buat fresh graduate yang baru bekerja, saya sarankan kepada anda untuk menangguhkan pembelian kereta sekurang-kurangnya setahun selepas mendapat kerja bagi membolehkan anda mempunyai simpanan yang cukup.

Selepas anda membeli kereta, anda terpaksa memperuntukkan sejumlah gaji bulanan anda untuk membayar hutang dan juga maintenance kereta seperti minyak kereta, servis, insurance, tol dan juga parking.

Contoh yang saya sebut tidak termasuk kos kecemasan seperti tayar pancit, bateri habis, kemalangan dan sebagainya.

Justeru, saya sarankan agar anda menahan nafsu untuk membeli kereta dahulu dan pastikan anda mempunyai simpanan yang cukup sekiranya berlaku kecemasan.

Sekiranya anda perlu juga memakai kereta untuk memudahkan anda berulang-alik ke tempat kerja, pastikan jumlah kos tidak melebihi dari 30% dari gaji bulanan anda.

3. Catatkan setiap perbelanjaan

Mungkin ini perkara yang paling susah untuk dilakukan kerana memerlukan anda untuk mencatat setiap perbelanjaan harian. Tetapi perkara yang susah ini dapat membantu anda dalam menguruskan wang anda lebih berhemah.

Banyak apps ditawarkan di Playstore atau Appstore secara percuma mahupun berbayar. Saya sendiri menggunakan apps dari budgetbakers.com iaitu WALLET.

Wallet ialah satu apps yang membantu saya mencatatkan perbelanjaan harian saya.

Jadi saya dapat mengawal perbelanjaan harian saya dan sekiranya saya terlebih perbelanjaan, maka saya perlu mengurangkan perbelanjaan pada hari yang lain dalam memastikan saya tidak lari dari bajet yang telah saya buat.

Baca: 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

graduan-3

4. Kurangkan hutang PTPTN

Bagi pelajar yang bakal menamatkan pengajian, anda perlu tahu yang anda mempunyai tempoh 6 bulan free-interest untuk PTPTN anda.

Bermaksud, selepas 6 bulan tamat belajar, PTPTN baru mula mengira jumlah ujrah yang perlu dibayar oleh anda setiap bulan. Sebelum 6 bulan, tiada ujrah akan dikenakan terhadap anda.

Saya sarankan kepada anda, gunakan tempoh 6 bulan ini untuk kurang jumlah ujrah yang perlu ditanggung dengan membayar hutang PTPTN anda.

Saya sertakan pengiraan seperti dibawah.

Katakan anda mempunyai hutang sebanyak RM25,000.00.

UJRAH TANPA BAYARAN SELEPAS 6 BULAN

RM 25,000.00 X 1% = RM250/tahun
Sebulan = RM 20.83 ujrah yang perlu dibayar sebulan.

UJRAH DENGAN BAYARAN BALIK SELEPAS 6 BULAN.

Katakan anda telah membayar sebanyak RM1,500 dari keseluruhan hutang, jadi kiraan ujrah seperti berikut :

RM25,000.00 – RM1,500.00 = RM23,500

RM23,500 X 1% = RM235/ TAHUN
SEBULAN =RM19.58 ujrah sebulan yang perlu dibayar.

Mungkin bagi anda perbezaan sebanyak RM15 setahun nampak sedikit tetapi sekiranya anda mengambil masa 10 tahun untuk langsaikan hutang PTPTN anda, perlu bayar RM150 lebih kepada PTPTN.

Sekiranya anda dapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan pertama tersebut, maka anda boleh menggunakan tips ini untuk kurangkan bajet anda.

5. Buat simpanan tidak sengaja

Apakah simpanan tidak sengaja? Saya beri nama simpanan tidak sengaja kerana anda tanpa sengaja menyimpan duit anda.

Seperti saya, setiap RM5 yang saya perolehi, saya akan simpan dalam sampul raya. Sampai hujung bulan, saya letakkan kesemua RM5 hasil kumpul ke dalam akaun simpanan.

Secara tidak langsung, ia menambah jumlah simpanan yang saya telah bajet di awal bulan.

Anda boleh melakukan dengan note RM5, RM10, RM20, atau RM50. Percayalah, sekiranya anda membuat tips ini, anda akan dapat sekitar RM100-RM250 sebulan malah mungkin lebih.

Dan sekiranya anda terguna duit simpanan ini, maka anda perlu gantikan 2 kali ganda dari jumlah yang guna.

Secara tidak langsung, ia dapat mendidik anda lebih berdisiplin dalam menguruskan wang anda.

Segala tips yang saya beri ini hasil dari pengalaman saya selama setahun bekerja selepas menamatkan pengajian di universiti.

Ketika kita berhadapan dengan suasana ekonomi yang mencabar, kita perlu urus kewangan kita dengan lebih bijak bagi menjamin masa depan agar tidak terjerumus dalam kancah muflis.

Sekian terima kasih.

Baca lagi: 5 Tip Menghadapi Tahun 2016 Yang Begitu Mencabar Kewangan Rakyat Malaysia