Minggu ini telah menyaksikan Elon Musk dinobatkan sebagai manusia terkaya dunia sekaligus memintas Jeff Bezos yang sebelum ini menduduki tempat pertama. Nilai kekayaan beliau kini dianggarkan bernilai $195 bilion (RM789.26 bilion).

Sebut mengenai individu Elon Musk sahaja pasti orang akan mengaitkan beliau dengan syarikat utamanya iaitu Tesla. Berjaya mencipta inovasi dengan menawarkan rangkaian model kereta elektrik antara yang membuatkan model jenama ini menjadi rebutan sekaligus melonjakkan saham syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini, seorang pengguna Twitter iaitu @Fezza Hussin telah berkongsi mengenai 6 fakta menarik mengenai Tesla. Berikut merupakan fakta yang mungkin anda tidak tahu mengenai jenama penuh inovasi ini.

1. Elon Musk bukan pengasas Tesla

Meskipun sering dikaitkan dan dipopularkan oleh Elon Musk, beliau sebenarnya bukanlah pengasas kepada syarikat automotif ini. Sebaliknya, dua jenama ini diasaskan oleh dua jurutera iaitu Martin Eberhard dan Marc Tarpenning pada tahun 2003.

Gara-gara berkongsi idea yang sama serta mempunyai modal hasil penjualan syarikatnya yang lalu, Elon Musk memilih untuk membuat pelaburan sebanyak $6.3 juta (RM25.49 juta) dan menyertai Tesla pada tahun 2004.

2. Teknologi yang dibangunkan Tesla adalah sumber terbuka

Sering kali apabila sebuah teknologi atau inovasi yang dihasilkan, teknologi tersebut pastinya dipatenkan agar tidak ditiru jenama lain. Namun berbeza dengan Tesla di mana teknologi yang dibangunkan adalah bersifat terbuka atua open source di mana syarikat lain berpeluang untuk menghasilkan kereta elektrik bersama.

Berjaya mengambil alih syarikat pada tahun 2004, Tesla dalam keterangannya telah menyebut bahawa pesaing sebenar Tesla bukanlah syarikat yang membangunkan kenderaan elektrik tetapi kenderaan biasa yang mencemarkan alam sekitar.

Jelas menunjukkan visi beliau untuk menyelamatkan alam sekitar sekaligus merancakkan lagi industri kereta elektrik.

3. Sedia untuk dikemas kini

Tesla_touchscreen-Software_2019_40_50-scaled
Sumber: Teslarati

Seperti juga telefon pintar, Tesla antara jenama terawal yang menawarkan kemas kini atau update buat kenderaan. Dalam erti kata lain, para pengguna Tesla tidak lagi perlu ke pusat servis semata-mata untuk mendapatkan kemas kini atau pembaharuan terbaru bagi kenderaan yang dikeluarkan.

4. Mempunyai pengkalan supercharge terbanyak di dunia

Sejak mulai Tesla dipasarkan secara meluas, antara persoalan utama orang ramai dalam mendapatkan kereta keluaran Tesla pastinya mengenai pangkalan pengecasan apabila bergerak jauh dari rumah.

Walau bagaimanapun, syarikat boleh dikatakan masih baru dalam dunia automotif berbanding jenama-jenama lain ini kini sudah boleh berbangga apabila mempunyai pengkalan supercharge terbanyak di dunia ketika ini.

Kebanjiran pengkalan supercharger yang banyak pastinya meyakinkan orang ramai untuk mendapatkan model keluaran Tesla sekaligus meningkatkan pendapatan syarikat ini.

5. Tesla Model 3 antara kereta paling selamat di dunia

Siapa sangka, meskipun masih baru berbanding pesaing dalam dunia automotif, Tesla Model 3 berjaya menjadi antara kereta paling selamat di dunia. Lebih menarik, model keluaran Tesla lebih sukar untuk meletup berbanding model kereta biasa.

6. Tesla Gigafactory dikuasakan sepenuhnya dengan tenaga solar

Tidak hanya mahu menjaga alam sekitar menerusi karbon yang dihasilkan kereta yang menggunakan petrol atau diesel, visi Tesla nampaknya lebih besar apabila kilang Tesla Gigafactory yang bakal menjadi bangunan terbesar di dunia ini dikuasakan oleh tenaga solar. Menarik bukan?

Klik pautan di bawah untuk mengetahui punca Elon Musk secara mengejut berjaya menduduki tempat pertam memintas Jeff Bezos sebagai manusia terkaya dunia.

Elon Musk Pintas Jeff Bezos Untuk Jadi Manusia Terkaya Di Dunia Dengan Nilai RM789.26 Bilion

Hanya Kerana ‘Tweet’ Elon Musk, Saham Tesla Jatuh RM60 Bilion

Elon Musk Sedia Terima Pekerja Tanpa Pendidikan Tinggi Bekerja Di Tesla