Dalam dunia hari ini, tanah menjadi semakin mahal, menjadikan rumah juga semakin mahal. Banyak pemaju perumahan menawarkan rumah-rumah dengan saiz yang lebih kecil untuk menjadikan harganya lebih mampu milik. Ini menjadikan kita harus lebih kreatif untuk memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur, tetapi masih lengkap untuk menyimpan barangan yang kita perlukan.

Berikut adalah 6 idea penyimpanan kreatiif yang dapat menjimatkan ruang:

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

1. Di bawah katil single

Idea sebegini bagus untuk bilik anak bujang, dan dapat digunakan sebagai tempat simpanan beg-beg dan baju yang jarang digunakan.

2. Di bawah katil kelamin

Pasangan ini menggunakan ruang kosong di bawah katil untuk menyimpan beg, stok barangan harian, barangan sukan, dan ruang tepi katil dilengkapi dengan rak buku.

3. Katil kelamin moden

Bawah katil juga boleh digunakan sebagai tempat penyimpanan lebihan bantal, selimut dan pakaian yang jarang digunakan. Penggunaan kotak simpanan sebagai meja tepi menjadikan ruangan nampak lebih rustic.

4. Laci baju di bawah katil dan ruang penyimpanan di lantai

Menariknya, ruang sebegini mudah diakses, menjadikannya sesuai sebagai tempat simpanan pakaian harian.

5. Stor yang sesuai dijadikan bilik tetamu

Tempat simpanan yang bersih dan kemas ini sesuai dijadikan bilik tetamu. Hanya letakkan tilam kelamin, dan walla, tetamu anda sudah dapat berehat dengan selesa.

6. Katil tarik

Ini amat sesuai buat sebuah pangsapuri yang kecil. Simpan katil, supaya anda dapat menggunakan ruangan terhad itu pada hari siang untuk makan atau bekerja.

BACA: Rahsia Apartment Kecil Di Kiev Diubahsuai Hingga Jadi Ruang Yang Luas

BACA Lagi: Wanita Ini Berjaya Menukarkan Bilik Tidur Anda Menjadi Apartment Mikro Yang Sungguh Praktikal

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka