Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Puan Reni bt Rahmat, seorang usahawan makanan dan dikongsikan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga panduan ini berguna dalam membangunkan bisnes anda.

Mengembangkan Duit di dalam Bisnes

1) Kenalpasti niche bisnes anda – samada bakeri, dobi, printing, atau sebagainya.

2) Kenalpasti aktiviti utama bisnes anda. Sebagai contoh, anda terlibat dalam perniagaan bakeri dan menjual kek dan roti. Aktiviti utama perniagaan anda menjual roti dan kek.

3) Cipta lebih banyak aktiviti bisnes. Katakan, dalam masa yang sama anda pandai membuat roti dan kek. Adakan kelas mengajar kek dan roti. Mulakan dengan skala yang kecil dahulu. Asalkan bermula.

4) Kembangkan aktiviti jualan anda. Jika sekarang anda menjual roti dan kek kepada pelanggan akhir. Selepas ini, anda besarkan lagi jualan anda kepada channel-channel sekolah sebagai contoh nya.

5) Jaga cashflow. Selepas duit masuk, penting untuk jaga cashflow.

6) Bayar gaji kepada diri sendiri. Setiap penghujung bulan, bayar gaji kepada diri sendiri. Masukkan siap-siap gaji anda di dalam kos overhead.

Sebab utama perlu anda mencipta banyak aktiviti bisnes adalah untuk membuat duit lebih banyak untuk bisnes anda.

Tujuan utama untuk anda membayar gaji kepada diri sendiri, supaya anda dapat penuhkan Tabung Kekayaan secepat yang mungkin.

Mudah-mudahan target 3 atau 4 tahun untuk tabung tersebut penuh menjadi 1 juta menjadi kenyataan. Amin.

BACA: Bagaimana Untuk Memulakan Sebuah Bisnes Start-Up

BACA Lagi: Dua Teknik Pengurusan Dalam Membangunkan Syarikat Yang Perlu Anda Tahu Hari Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram