Susulan artikel kami tentang Langit Malaysia Yang Akan Dihiasi Fenomena Hujan Meteor Pada Awal Ahad Pagi Di Hujung Minggu Ini, berikut adalah 6 lokasi yang memberi peluang tinggi untuk anda lihat dan merakam gambar seperti tersiar di TheStar.

Diharapkan senarai ini dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih baik untuk melihat fenomena ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

lokasi-lihat-hujan-meteor-5

1. Tanjung Simpang Mengayau, Sabah

Terletak di Kudat, Tanjung Simpang Mengayau juga adalah lokasi yang sesuai untuk ‘star gazing’. Langit gelap di kedua-dua belah pantai juga menjadikan tempat ini lokasi yang sesuai untuk melihat meteor.

2. Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson

Perkampungan nelayan ini terletak tak jauh dari resort Lexis Hibiscus.

Ada dua jeti di sini yang yang menganjur ke laut dan boleh anda jadikan lokasi best untuk melihat meteor. Satu jeti kayu dan satu lagi jeti konkrit.  Di sini juga ada warung yang beroperasi dan selalu penuh dengan pengunjung di hujung minggu.

lokasi-lihat-hujan-meteor-1
Tanjung Simpang Mengayau, Sabah

3. Cameron Highlands

Salah satu tempat sesuai dan gelap di Cameron Highland untuk anda melihat hujan meteor adalah jalan menuju ke Estate Boh Tea. Anda boleh parking kereta di bahu jalan dan mulakan aktiviti melihat dan merakam meteor.

 

4. Pantai Malindo, Pulau Pinang

Kampung nelayan ini terletak berhampiran Sungai Burong dan boleh diakses melalui Jalan Kuala Sungai Burong. Cabaran utama ke sini adalah untuk cari jalan masuk ke pantai, terutama jika tidak biasa dengan kawasan ini.

Antara landmark mudah ke sini adalah Masjid Sungai Burong di sebelah kiri jalan, dan Klinik Kesihatan Sungai Burong di sebelah kanan. Kedua-dua landmark ini terletak di Jalan Bharu. Lorong ke pantai terletak betul-betul selepas anda melepasi masjid, di sebelah kiri. Lorong ini akan bawa anda ke Pantai Malindo.

5. Pulau Tioman, Mersing

Lokasi yang popular bagi mereka yang ingin merakam gambar bintang di waktu malam. Lokasi adalah di sekitar homestay dan motel yang diusahakan oleh penduduk tempatan di Kampung Lalang dan Kampung Genting. Pantai di sini sangat gelap dan agak jauh dari pencemaran cahaya.

6. Kuala Selangor, Selangor

Rupanya Sekinchan masuk senarai! Pagi tadi saya bertekak dengan kawan, sebab rasa macam jauh je nak ke sini. Bagi anda yang tinggal di Lembah Klang, Pantai Remis dan Pantai Redang Sekinchan adalah lokasi terdekat untuk melihat hujan meteor.

Pantai Remis terletak kira-kira sejam memandu dari PJ, manakal bagi Pantai Redang pula adalah 90 minit. Dua lokasi ini gelap dan agak terpencil di waktu malam. Namun begitu ia mudah diakses dengan kereta.

lokasi-lihat-hujan-meteor-2

Tips dan persediaan sebelum anda lihat hujan meteor

Okey. Berikut pula tips untuk anda melihat hujan meteor ini. Mungkin tips ini boleh anda cuba terutama jika berada di kampung dan kawasan pedalaman yang jauh dari pencemaran cahaya:

1. Cari kawasan di mana anda dapat melihat langit luas dan tidak dihalang oleh pokok.

2. Lokasi sesuai adalah padang bola, tanah lapang, pantai, kawasan tanah tinggi dan di atas bumbung bangunan.

3. Pilih lokasi yang jauh dari pencemaran cahaya, sama ada cahaya dari lampu jalan mahupun lampu dari bangunan.

4. Waktu diramalkan untuk hujan meteor pada Ahad ini adalah dari jam 1 pagi ke atas.

5. Jika lokasi yang anda pilih memang gelap, tak perlu lagi guna alatan khas seperti teleskop untuk melihat hujan meteor. Boleh lihat dengan mata tapi kena sabat sebab meteor ni bergerak sangat laju.

6. Mesti peka dan sabar.

7. Bawalah tikar untuk duduk, sediakan baju sejuk, makanan dan air. Kalau lapar adalah benda nak dikunyah.

8. Bawa ubat nyamuk, manalah tahu anda anda berhenti lepak tepi semak saja.

9. Pergi bersama kawan. Elakkan pergi berseorangan. Jika dengan kawan, ada extra mata untuk sama-sama alert bila fenomena hujan meteor mula berlaku.

10. Jika hujan turun dan awan tebal, mungkin sukar untuk anda lihat hujan meteor ini. Jadi sentiasalah semak ramalan kaji cuaca untuk lokasi pilihan anda.

Dan, sentiasa ikuti update terkini dari Kementerian, Teknologi dan Inovasi di Facebook dan Twitter untuk sebarang perubahan tentang fenomena ini.

Baca lagi: Langit Malaysia Akan Dihiasi Fenomena Hujan Meteor Pada Ahad Pagi, Hujung Minggu Ini

Sumber