Jika anda ingin melihat satu lagi fenomena menarik di Malaysia, inilah masanya. Diramalkan langit Malaysia akan dihujani hujan meteor Perseid di awal pagi pada Ahad ini, 13 Ogos 2017, jam 1.30 pagi.

Fenomena hujan meteor terjadi apabila batu-batu meteor meluncur masuk ke dalam lapisan atmosfera bumi dalam jumlah yang sangat banyak. Sewaktu fenomena ini terjadi, langit akan dihiasi kerlipan cahaya yang bergerak laju menghujani ruang angkasa sebelum terbakar menjadi debu susulan tarikan graviti sewaktu memasuki atmosfera bumi.

Namun untuk melihat fenomena ini, anda perlu berada di kawasan gelap dan jauh dari pencemaran cahaya, serta langit yang cerah dan bebas dari awan tebal.

Jadi kepada para jurugambar, inilah masanya untuk anda mendapatkan hasil fotografi unik yang jarang dapat dirakamkan sebelum ini.

Ingat. Ahad awal pagi. Jam 1.30 pagi. Lokasi di mana-mana kawasan lapang, jauh dari pencemaran cahaya dan langit cerah tanpa halangan awan tebal. Jika anda nak panjat bukit pun ok, asalkan tak jumpa benda lain. Haha.

Dan ini 6 Lokasi Disenaraikan Beri Peluang Tinggi Untuk Anda Lihat Hujan Meteor Pada Ahad Ini

Untuk rekod, kali terakhir fenomena hujan meteor Perseid berlaku setiap tahun antara bulan Julai dan Ogos. Sementara itu jom layan gambar di bawah untuk idea fotografi anda nanti.

hujan-meteor-1

hujan-meteor-2

hujan-meteor-3

hujan-meteor-4

hujan-meteor-5

hujan-meteor-6

 

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤