Bab penerbangan delay a.k.a retimed, dan cancelled.

Ok. First thing first.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perlu tahu yang airline bukan sesuka hati boleh delay dan cancel penerbangan.

Highlight = ‘sesuka hati.’

Punca penerbangan delay dan cancelled kebiasaannya adalah:

1. Faktor cuaca.
2. Faktor teknikal.

Lain-lain punca seperti:

1. Faktor jenayah (contoh: ada ugutan bom).
2. Faktor perangai manusia (ada penumpang meroyan, toilet terlalu busuk, dll).
3. Faktor keselamatan (contoh: airport kena bom, trak katering terlanggar tayar pesawat, dll).
4. Faktor-faktor rare seperti tiba-tiba pilot pengsan berjemaah sebab kena santau ataupun macam dulu ada kes budak mati dalam tayar pesawat.

Sebab apa aku kata airline bukan ‘sesuka hati’? Sebab mereka sendiri tanggung kerugian kalau berlaku perkara begini. Dan bukan satu airline saja terkesan, malah semua yang terlibat dalam waktu penerbangan yang sama di airport yang sama.

Baca: 11 Tip Mendapatkan Harga Murah Untuk Tambang Kapal Terbang

flight-delay-1

Airline ni semua bisnes. Tak ada bisnes yang sesuka hati nak rugi.

Sebagai contoh, baru-baru ni semasa aku nak fly dari Istanbul Sabiha Gökçen ke Trabzon. Punyalah banyak flight delay, delay, delay… dan ada yang cancelled.

Aku yang baru sampai dari Şanlıurfa sebenarnya kalut ribut sebab flight dari Şanlıurfa pun delay hampir sejam. Punya berkejar sebab nak catch flight ke Trabzon. Tapi tengok2, delay. Fuh… dapat bernafas balik.

Aku dalam airport menunggu flight yang delay tu, tak tahu apa-apa. Tapi 2 hari lepas tu, jumpa kawan di Istanbul, baru tahu rupanya pada hari kejadian kabus super tebal di Istanbul. Kawan aku tunjuk gambar dari feri, seram sejuk aku dibuatnya. Cantik, tapi scary.

No wonder banyak flight delay dan cancelled.

Ok. Itu bahagian airline. So, kita yang jadi mangsa delayed and cancelled flight ni macam mana?

1. Kalau delay lama, airline akan beri makan, ataupun kalau yang lama betul sampai berbelas jam ataupun cancelled, mereka akan beri penginapan dll.

2. Mengamuk pun tak guna, sebab macam aku sebut di atas tadi, mereka bukan sesuka hati nak delay ataupun cancel. Takkan berlaku, tiba-tiba pesawat boleh terbang dek power-nya kata-kata kesat penumpang.

Daripada buang lebih banyak masa mengamuk di kaunter, baik kau terus cari jalan penyelesaian. Dan jangan pula kau terus merajuk balik rumah.

Minta penjelasan airline – sama ada mereka akan pastikan kau dapat terbang juga walaupun lambat, ataupun macam mana.

Masa NPB Trip Turki baru ni, 2 orang geng kami yang naik Singapore Airlines, nak balik dari Istanbul flight cancelled sebab situasi teknikal. Dari Istanbul oi. Bukan dari Pengkalan Chepa. Depa stay di airport, dan beberapa jam kemudian, diumumkan pesawat boleh berlepas. Ha jadi, mesti tunggu, dengar, dan terima penjelasan airline.

Tapi katalah kau memang kejar masa, nak tak nak memang kena beli tiket airline lain. Kau boleh minta refund. Cuma, refund pun kau kena clear dengan airline apa yang kau boleh refund. Full ticket ataupun cuma airport tax. Yang ni kau boleh semak condition dan prosedur airline berkenaan dan bukan tuduh depa sengaja nak pau duit kau.

Di sini, siapa yang beli travel insurance, maka dia lebih beruntung.

Sebab, kebanyakan travel insurance cover flight delay (yang delay lebih 6 jam) dan flight cancelled. Malah siap ada yang cover kalau airline bankrup tapi kau dah beli tiket.

Nota: Aku bukan penjual insurans. Jadi jangan pulak kata nak beli insurans daripada aku. Kau Google ‘travel insurance’, banyak pilihan yang keluar. Sesuaikanlah ikut bajet.

Kesimpulannya, naik kapal terbang ni memang banyak risikonya. Sama juga macam hidup kau dan aku. Sentiasa ada risiko yang tak terjangka.

Jadi, jangan sangkut emosi kau lama2 dalam masalah. Traveller mesti belajar bertenang. Terus fikirkan penyelesaian.

Layan stress lama-lama pun, kau yang penat, sakit. Airline tu macam tu la juga. Hidup mesti terus. Be smart.

Baca lagi: 7 Tip Beli Tiket ‘Flight’ Murah Melalui ‘Online Travel Agent’ Di Skyscanner