Lazada memang satu tempat menyeronokkan. Andai ada barang yang perlu dibeli, selalunya saya akan rujuk di Lazada dulu sebelum keluar dari rumah.

Terdapat beberapa barangan seperti keperluan anak-anak, haiwan peliharaan dan alat-alat mengemas serta memasak ternyata lebih murah berbanding di luar sana. Sudahlah murah, mudah pula tu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Klik, klik, beberapa hari lagi barang akan tiba di rumah.

Saya berpuas hati hampir dalam setiap pembelian. Apabila ada masalah, cepat sahaja mendapat pulangan semula wang. Untuk mendapat pembelian terbaik di Lazada, anda boleh ikut tip-tip di dalam artikel ini.

Dalam banyak-banyak barang yang dibeli di Lazada, ada beberapa barangan yang saya gunakan setiap hari, atau beli berkali-kali. Pendek kata, puas hati.

Mari ikuti senarai barangan kegemaran di bawah:

1. Hampagas Deerma DX118C

Hampagas Deerma yang kecil dan ringan ini amat mudah dibawa ke mana-mana. Oleh kerana itu, saya menggunakannya hampir setiap hari.

Tambahan lagi, memiliki dua ekor anak kucing yang comel bermakna rumah begitu senang bersepah.

Saiznya yang panjang dan kecil membolehkan ia memerangkap habuk dan debu di ruang-ruang yang sempit dengan mudah. Hanya mempunyai 1 ‘badan’, bermakna tidak perlulah kita susah-susah tarik saluran dan badan seperti mesin konvensional yang lain.

Walaupun bersaiz mini, jangan salah sangka, sedutan hampagas Deerma ini memang berkuasa tinggi.

Dengan lebih 50 reviu dan testimoni pelanggan seperti di bawah ini, memang sukar untuk berasa menyesal.

Dapatkannya di sini.

2. Trio Air Fryer TAF 858

Pernah rasa tak cukup tangan apabila memasak?

Nak masak nasi, sayur, ayam, gorengkan kentang pula untuk si kecil. Assignment pula menimbun menunggu untuk disiapkan.

Lama sudah saya berkira-kira untuk mendapatkan air fryer, akhirnya saya memilih Trio Air Fryer TAF 858 pada bulan lepas. Memang puas hati.

Tekan, tekan. Ayam goreng, kentang goreng dan makanan bergoreng lain kini boleh disediakan tanpa minyak masak. Lebih cepatlah si kecil dapat kentang goreng kegemarannya.

Lepas memasak, tak perlu fikir bagaimana nak uruskan minyak masak terpakai pula.

Air fryer ini juga dapat banyak reviu yang baik. Ada terlalu banyak testimoni untuk anda nilaikan.

Baca dan dapatkannya di sini.

3. Dessini Double Sided Fry Pan – 36 cm

Kuali pemanggang ajaib ini memang best.

Bukan sekadar boleh memanggang ikan, ayam, ia juga boleh membakar kek ringkas.

Tebal, kedap udara – tekanan di dalam kuali ini memberikan makanan rasa berbeza berbanding menggunakan kuali biasa. Sedap.

Magic pan Dessini ini sudah beberapa kali saya beli. Mula-mula beli untuk diri sendiri. Tak sangka, ibu, makcik dan sepupu pun suka, maka saya ‘ditugaskan’ untuk tolong belikan.

Seperti pembelian yang lain, reviu amat penting. Lihat dan baca – ramai yang berpuas hati.

Anda boleh dapatkannya di sini.

4. Panasonic Mixer Grinder MX-AC210


Mixer grinder
ini bukan pengisar biasa. Panasonic Mixer Grinder MX-AC210 boleh memberi hasil lebih halus berbanding pengisar yang lain.

Chutney jar mengadun dan mengisar sambal belacan dan chutney lebih kecil, menjadikannya lebih sedap.

Blender jar pula diperbuat daripada keluli tahan karat, menjadikannya lebih tahan lasak berbanding pengisar biasa. Saya pernah buat smoothie pisang dan kurma, fuhh halus habis! Macam beli di kedai pula!

Tidak ramai mengenali pengisar ini, dan tiada reviu. Tetapi, sehingga sekarang saya merasakan ini adalah pembelian terbaik saya di Lazada. Anda boleh dapatkannya di sini.

Selain daripada AC210, ada model lain yang lebih lengkap pernah diulas oleh Dr Fazley iaitu Panasonic Mixer Grinder MX-AC400.

https://www.youtube.com/watch?v=JH67iYIP9II

Jika ini model yang anda minat, boleh dapatkannya di sini.

5. Easy Mop Double Device

Setelah selesai menyapu, tentulah ingin mengemop, bukan? Tetapi berapa ramai orang suka mengemop, angkat tangan.

Easy Mop Double Device ini menyelesaikan masalah mengemop dengan memudahkan perahan. Anda boleh squish-squish (tolak) batangnya untuk memerah, atau anda boleh masukkan di dalam dram besi lalu pijak pemijak kaki.

Kualiti buatannya sangat bagus, kerana plastik yang digunakan adalah tebal dan tahan lasak. Dram besi juga tahan tekanan.

Kepala mop berpusing 360 darjah. Ia menjadikan lantai bersih dengan lebih cepat. Tambahan, pusingan ini membuat kepala mop ini mampu sampai ke bucu-bucu yang sukar dicapai.

Perahan yang baik, membuat lantai kering dengan lebih cepat.

Item ini sudah direviu sebanyak 191 kali dan menerima 4.5 daripada 5 bintang. Memang sukar untuk berasa menyesal.

Dapatkannya di sini.

6. Double Layer Drain Dishes Kitchen Storage Rack


Rak pengering pinggan ini memang praktikal.

Selain mempunyai dua tingkat, lapisan paling bawah boleh mengalirkan lebihan air terus ke dalam sinki.

Dulu-dulu air lebihan dari pinggan akan membasahkan kaunter dapur, tetapi kini tidak lagi. Kaunter anda lebih mudah diurus untuk sentiasa jadi bersih berkilat.

Reviu tidak banyak, tapi saya tetap puas hati. Dapatkannya di sini.

7. NaVa DIY Kinetic Sand Colors (2kg) with Air Pump

Apabila anda perlukan extra 2 jam untuk memasak, mengemas, melayan mesej FB pelanggan dan lain-lain, NaVa DIY Kinetic Sand ini memang membantu.

Anak-anak akan leka bermain, memberi anda lebihan masa untuk fokus kepada kerja-kerja lain. Jangan tidak tahu, pasir kinetik juga adalah satu permainan yang mampu merangsang kemahiran motor si kecil.

Ada testimonial ibu bapa berkata pasir kinetik ini membantu anak-anak menghilangkan ketagihan gajet.

Seperti pasir biasa, pasir kinetik ini memang akan membuat rumah bersepah, tetapi apa kisah. Apabila sudah ada hampagas dan mop ini bukankah hidup anda sudah jadi semakin mudah? Yang lebih penting, kerja-kerja anda pada hari ini semuanya siap.

Item ini juga menerima banyak reviu yang baik.

Baca lebih lanjut dan dapatkannya di sini.

Marhaban Ya Ramadhan dan Flash Sales

Sempena bulan puasa, Lazada mengadakan promosi Marhaban Ya Ramadhan yang menampilkan banyak item-item menarik pada harga lebih murah.

Antaranya, adalah 7 gajet pilihan yang boleh didapati di bawah harga RM99 ini.

Tetapi apa yang paling mengujakan saya adalah jualan flash sales ini, di mana barangan menarik dijual pada harga tidak masuk akal.

Jangan lupa berada di depan laptop anda pada pukul 5-7 pagi, 12-2 tengah hari dan 5-7 malam untuk mendapat tawaran terbaik.

Agaknya berapalah harga microwave ni pada pukul 12 nanti?

Lihat senarai penuh barangan yang dijual hari ini bersempena flash sales di sini.

Selamat membeli belah.