Sepertimana yang kita tahu, Malaysia bersama 12 negara lain telah menandatangani persetujuan TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement) dan salah satu kesan dari persetujuan ini adalah syarikat luar boleh masuk pasaran Malaysia dengan lebih mudah.

Saya juga seorang usahawan online (pemasaran online dan pembangunan website) dan saya dapat lihat banyak usahawan di Malaysia yang masih belum bersedia untuk bersaing apabila produk luar banyak masuk ke Malaysia nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya kongsikan di bawah 7 persediaan usahawan dalam menghadapi gelombang cabaran TPPA.

1. Sediakan Website Perniagaan Yang Professional

Sepanjang 3 tahun saya berbisnes online, saya jumpa terlalu banyak website perniagaan yang “selekeh” dan nampak sangat ke-melayuan-nya.

Saya akui website tidak perlu terlalu cantik tapi kita tidak boleh ambil mudah rekabentuk website kita. Disebabkan mahu berjimat, ramai yang mencari website berharga RM1000 ke bawah tanpa menghiraukan kualiti website. “Asalkan ada website” katanya.

cara-usahawan-hadapi-tppa-1

Bagaimana hendak melawan produk luar kalau website hanya “asalkan ada” sahaja? Kebanyakan produk luar mempunyai website yang cantik dan nampak premium.

Tambah lagi jika kita tiada langsung website untuk perniagaan. Bayangkan orang ternampak produk anda dan cari di Google tapi tak jumpa? Lagi parah.

2. Kemaskini Rekabentuk Packaging Produk

Satu lagi perkara besar dalam perniagaan iaitu rekabentuk packaging produk. Saya beri anda contoh di bawah dan buat perbandingan sendiri.

cara-usahawan-hadapi-tppa-2

Bayangkan bagaimana kita hendak lawan produk luar kalau packaging tak setanding produk luar. Kalau kita ke pasaraya dan mencari kopi dan terjumpa banyak kopi halal dengan packaging yang cantik, mesti nak cuba beli walaupun sebenarnya bukan keluaran Malaysia.

Takkan nak letak harga lebih murah untuk memikat pembeli? Tak habis-habis dengan strategi harga murah. Merosakkan market tempatan.

Baca: IKEA Telah Hilang Hak Tanda Dagangan Kepada Syarikat Tempatan Di Indonesia

3. Tambah Maklumat Dalam Bahasa Inggeris

Kebanyakan negara boleh menggunakan Bahasa Inggeris tetapi sedikit sahaja negara yang menggunakan Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, nak tak nak kita perlu memasukkan maklumat dalam Bahasa Inggeris dalam produk/servis kita.

Kita tidak perlu ubah semua kepada Bahasa Inggeris, cuma memasukkan maklumat tambahan dalam Bahasa Inggeris sebagai alternatif.

Contoh:

Design packaging – tambah penerangan dalam Bahasa Inggeris
Website – sediakan website versi Bahasa Inggeris
Media sosial – menambah penerangan Bahasa Inggeris dalam post

4. Daftar Perniagaan

Semestinya kita perlu mendaftar perniagaan kita. Bukan sahaja SSM, tetapi jika wujud peraturan atau penetapan baru yang membolehkan kita daftar perniagaan kita, daftar sahaja.

5. Aktif Dalam Content Marketing

Content marketing sangat penting untuk perniagaan khususnya untuk usahawan online. Kita boleh membawa brand/jenama perniagaan kita dengan lebih jauh secara organik.

Anda boleh rujuk 2 contoh konsep content marketing menggunakan album gambar yang saya sediakan untuk client saya di bawah. Ini baru satu contoh, ada banyak lagi cara content marketing dan anda boleh buat sedikit kajian untuk lebih memahami.

cara-usahawan-hadapi-tppa-3

Apabila kita aktif dalam content marketing, prospek akan melihat kita sebagai satu perniagaan yang aktif dan ini sangat mempengaruhi prospek untuk percaya pada produk kita.

6. Laman Media Sosial Yang Menerima Likers/Followers Dari Luar

Kita selalu lihat orang Malaysia share dan like page dari luar negara, tetapi sangat kurang orang luar negara yang follow atau like page orang kita. Sebab itu perlunya kita tambah maklumat dalam Bahasa Inggeris.

Saya beri 2 contoh design gambar untuk perkongsian Facebook di bawah, satu menggunakan Bahasa Melayu sahaja dan satu lagi menggunakan dwi-bahasa.

cara-usahawan-hadapi-tppa-4

cara-usahawan-hadapi-tppa-5

Selain dari format post gambar, ada beberapa cara lain untuk menjemput orang luar untuk follow perniagaan atau brand kita seperti:

  • Memasukkan sarikata atau subtitle dalam video samada secara hard sub ataupun meyertakan fail srt semasa upload video di facebook dan youtube.
  • Sasaran iklan ke negara-negara lain.
  • Berkawan dengan orang dari negara lain.

7. Titikberatkan Persembahan Brand / Jenama Perniagaan

Jika kita gabungkan kesemua faktor yang saya beri sebelum ini, kita akan dapat perkara ke 7 iaitu kita perlu tingkatkan persembahan brand/jenama perniagaan kita.

Persembahan itu dari segi website, alat pemasaran, mesra pengunjung tanpa terhad pada orang Malaysia sahaja, dan buatkan orang rasa brand kita gah walaupun hanya bekerja dari rumah.

Wow! susu dari Switzerland. Mesti kualiti tinggi ni.

Kita boleh lihat ramai rakyat Malaysia yang mempunyai mindset di atas. Ini berlaku kerana mereka telah lama memastikan orang pandang tinggi jenama mereka.

Kita juga perlu kuatkan brand kita supaya bukan sahaja orang kita bangga malah orang luar juga pandang tinggi jenama Malaysia.

Untuk itu, kita juga perlu lakukan perkara yang membuatkan brand/jenama kita gah dengan perkara-perkara yang telah senaraikan dalam artikel ini.

Kesimpulan

Persetujuan negara kita Malaysia dalam TPPA ini seperti memegang keris, depan tajam belakang pun tajam. Kita berpotensi “dilukai” oleh TPPA jika kita tidak step up our game.

Tetapi jika kita berjaya bersaing dengan perniagaan luar, maka kita boleh pergi lebih jauh berbanding sebelum ini.

Baca lagi: 11 Pengubahsuaian Bajet 2016 Yang Diumumkan Perdana Menteri Hari Ini