Alhamdulillah selesai musafir di Jogja. Beberapa info dan tips saya nak share dengan semua.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

1. Jangan beli souvenir di luar Borobodur. Belum beli pun dah kena kepung. Kalau dilayan sorang, lagi ramai yang datang paksa kita beli

2. Susah dapat harga warga tempatan untuk yuran masuk Borobodur. Boleh cuba bawa kad pelajar atauu menyamar sebagai warga tempatan, tapi ikut nasib. Memang dia periksa kita dengan ketat. Tapi masuk Prambanan Alhamdulillah, tak susah untuk dapat harga sama macam warga tempatan.

3. Kawasan Kompleks Candi Prambanan sangat-sangat luas. Kalau tak larat berjalan, naik shuttle. Seeloknya pergi Borobudur & Prambanan di hari yang berbeza. Bila di kawasan Prambanan, jangan lupa singgah di Candi Plaosan. Sebab pemandangan kat situ pun very majestic.

4. Bila nk bergambar kat Kalibiru, caj naik pelantar atas pokok dan caj bergambar adalah berasingan. So choose wisely.

Baca: 15 Tip Travel Di Flores, Indonesia Beserta Itinerari Bajet Gaya Backpacker

bercuti-di-jogjakarta-1

bercuti-di-jogjakarta-2

bercuti-di-jogjakarta-3

bercuti-di-jogjakarta-4

5. Kalau nak naik Gondola Pantai Timang, upah orang kampung untuk bawa kita ke sana. Dalam 60,000 rupiah, mungkin boleh murah lagi. Jangan berjalan sebab jauh. Kalau nk sewa motor dan tunggang sendiri pun, seeloknya jangan, sebab jalan licin teruk dan berbatu – very dangerous.

6. Kat Taman Sari, akan ada orang tempatan datang kat kita untuk jadi guide dan jurugambar. Klau tak nak, beritahu awal-awal sebelum dia ikut kita. Bayar ikut keikhlasan je. 20,000-30,000 rupiah pun dia dah cukup terima kasih.

7. Honestly, in my opinion, sunrise di Merapi lagi lawa daripada di Borobudur. Jadi tak perlu bayar mahal untuk lihat sunrise di Borobudur. Juga, kalau ke Merapi lepas subuh tu bawak la jaket sebab suhu boleh jatuh hingga 15 degree Celsius.

Baca lagi: Itinerari Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Acheh Indonesia

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad K Latipp. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group