Jika anda mahu membeli model yang persis kolaborasi antara adidas x Prada, ini adalah jawapannya. adidas memperlihatkan model Continental 80 dengan warna White/Bluebird yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Pemilihan warna trademark biru adidas dan putih ini memberikan gaya yang clean dan sesuai untuk digayakan bila-bila masa sahaja.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

adidas conti 3

adidas Conti 2

adidas Conti 4

Tulisan serta branding adidas diwarnakan biru dengan perkataan ‘World Famous For Quality’ tertulis di bahagian tumit kasut ini. Tag tambahan dapat dilihat pada lidah kasut ini memberikan gaya unik di samping mengekalkan gaya minimalis.

adidas Continental 80 ini sudah mula dijual di laman adidas Perancis pada harga €100 (~RM456). Kami pasti model ini akan dipasarkan di adidas Malaysia tidak lama lagi.

Ini pula model adidas x Prada berkualiti tinggi yang bakal dijual tidak lama lagi dalam kuantiti terhad.

Prada Dan adidas Bentangkan Hasil Pertama Koleksi Edisi Terhad

adidas Original Keluarkan Baju Edisi Khas Manchester United Sempena Tahun Baru Cina

Anda Mungkin Suka