Ramai pembaca telah mengetahui kisah tangan mekanikal adik Ainaa Amanda, Pak Su dan yang terbaru, penerima tangan kedua dari Pak Su, iaitu adik Muqri Mifzal.

Terbaru, ibu kepada adik Muqri, Puan Julaina ada memuat naik video beliau menunggang basikal dengan tangan barunya itu di laman page Facebook adik Muqri.

https://www.youtube.com/watch?v=eGIifMV0lQ0&feature=youtu.be

Saya terus menghubungi Puan Julaina melalui Pak Su, setelah adik Muqri mendapat tangan prostetiknya menerusi Whatsapp. Puan Julaina memberitahu saya yang beliau mengetahui akan tangan prostetik ciptaan NGO E-Nable, yang dicetak oleh Pak Su melalui kisah viral berkenaan adik Ainaa Amanda mendapat tangan prostetik.

Setelah mengetahui kisah tersebut, beliau yang sebelum ini sentiasa berulang alik antara Pulau Pinang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tujuan medical follow up berkenaan tangan anaknya, terus menghubungi Pak Su. Puan Julaina yang merupakan suri rumah sepenuh masa merasa begitu bersyukur akan adanya alat yang mampu mengubah hidup anaknya ke arah yang lebih baik.

Walaupun ditakdirkan dilahirkan dengan sedikit perbezaan, menurut Puan Julaina, ini tidak menghalang adik Muqri untuk hidup seperti kanak-kanak lain. Malahan, adik Muqri merupakan seorang yang sangat aktif bersukan – bermain untuk kelab bola Kickers Football Academy, mewakili kelab bawah 8 tahun mereka dan sentiasa bergerak untuk perlawanan bola.

Selain itu, Puan Julaina dan suami mendaftarkan anaknya untuk kelas Tae Kwan Do dan kini, adik Muqri juga merupakan pemegang tali pinggang kuning. Jadi, pemberian tangan ini amat memberi impak pada hidupnya yang sukakan aktiviti fizikal.

adik-muqri-2

Untuk mengikuti lanjut perkembangan adik Muqri ini, anda boleh like laman fanpage Facebook adik Muqri di sini http://vckt.co/1IyUPQi.

LIKE Facebook The Vocket untuk lebih banyak kisah menarik.