Pada 26 Julai 2021 yang lalu, Kerajaan mengatakan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dalam sesi Parlimen.

Lantaran itu, dalam kenyataan yang dikongsi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berasa berdukacita dengan kenyataan dibuat Kerajaan kerana pembatalan Ordinan Darurat belum lagi diperkenan Baginda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat agar dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan menbelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Utama Negara seperti temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa ahli-ahli Parlimen untuk memberikan keutamaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dan negara ketika ini dengan segera dalam sesi sidang Parlimen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Agong pada pautan di bawah ini.

Kes COVID-19 Membimbangkan, Agong Perkenan Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

https://www.thevocket.com/nasib-baik-ada-hilux-permaisuri-agong-kongsi-gambar-turun-padang-bantu-rakyat-dilanda-banjir/