Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada hari minggu lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson telah mengeluarkan kenyataan pihaknya memburu sekumpulan marshal yang memberikan arahan kepada pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan bagi membenarkan kira-kira 20 biji motorsikal berkuasa tinggi untuk melalui laluan tersebut.

Baru-baru ini pihak Polis Port Dickson telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebook bahawa kedua-dua marshal yang terakam pada dashcam pengguna jalan raya lain telah pun menyerah diri setelah kes mereka tular.

Pada 6/12/2021 dua orang lelaki berbangsa Melayu yang dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marshal tersebut telah hadir dalam dua masa berbeza ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik daerah Port Dickson untuk serah diri.

“Kedua-dua lelaki berusia 45 dan 49 tahun dengan salah seorangnya berpangkat Dato’ bekerja sebagai ahli perniagaan dan agen insuran telah hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka yang dirakam telah ditularkan secara meluas di media sosial.

Pihak Polis telah menahan kedua-dua lelaki sebaik mereka menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson dan turut merampas dua buah motosikal berkuasa tinggi serta beberapa barangan milik individu yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan seperti yang dirakam di dalam video tersebut,” terang Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Tambah beliau lagi, pihak Polis juga masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh terhadap kedua-dua lelaki terbabit jika wujud kesalahan lain-lain yang dilakukan oleh mereka.

Seorang pengguna media sosial berkongsi rakaman video di mana dia telah diminta memperlahankan kenderaan oleh kedua-dua marshal terbabit ketika konvoi itu dipercayai bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang.

Ini merupakan insiden kedua yang melibatkan kes marshal di kawasan jagaan Polis Daerah Port Dickson. Anda boleh tonton video penuh insiden tersebut melalui pautan di bawah.

Lagak Seperti Polis Trafik, Pihak Berkuasa Buru Marshal Motosikal Berkuasa Tinggi

Polis Tahan Dua Pemuda Bertindak Sebagai Marshal Semasa Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi

Lagak Seperti Polis Trafik, Marshal Geng Motosikal Kuasa Tinggi Dicari Pihak Berkuasa

Anda Mungkin Suka