Hutan Lipur Lata Bayu, Baling mempunyai air terjun yang perghhh..

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Air terjunnya terjaga elok dan pelbagai kemudahan disediakan di sekitarnya.

Tengoklah air yang mengalir tu.. perghh..

Tengoklah air yang mengalir tu.. perghh..

Lokasi tempat rekreasi ini terletak di Baling, Kedah, hanya 30 km dari Pekan Baling dan 90 km dari Bandar Alor Setar.

Kesejukan Lata Bayu yang diidamkan.

Kesejukan Lata Bayu yang diidamkan.

Untuk sampai ke hutan lipur ini para pengunjung boleh menggunakan pengangkutan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Baling.

Hutan lipur ini terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi. Ia juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa.

Kedai untuk pengunjung membeli barang juga disediakan.

Kedai untuk pengunjung membeli barang juga disediakan.

Apa yang uniknya hutan lipur ini adalah terdapatnya air terjun yang menarik dengan ketinggian 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung. Wahh.. uniknya!

Pemandangan hutan lipur ini adalah berbukit bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 meter aras paras laut.

Seperti tempat rekreasi yang lainkemudahan-kemudahan asas disediakan untuk para pengunjung melakukan aktiviti di sini. Antaranya ialah seperti mandi-mandi, berkelah, berkhemah dan ‘jungle trekking’.

Di samping itu beberapa gerai makanan dan cenderamata juga disediakan di hutan lipur ini. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di hutan lipur ini.

Terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh ditemui di kawasan ini seperti Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Meranti Melantai, Terap Keledang dan Bintangor.

Berkunjunglah ke Hutan Lipur Lata Bayu, pasti anda akan tidak berasa bosan menjalankan aktiviti di situ.

Sebahagian daripada artikel ini pernah diterbitkan di blog Mai Pakat Mai Negeri Kedah, ditulis oleh Rohaya bt Hamid.

BACA: 7 Air Terjun Power Untuk Terjun Tiruk Bersama Kawan-Kawan

Anda Mungkin Suka