Semalam Skytrax telah mengumumkan senarai Syarikat Penerbangan Terbaik bagi tahun 2017. Qatar Airways telah dipilih sebagai ‘airline of the year’.

Namun yang lebih menarik, AirAsia telah dipilih sebagai syarikat penerbangan terbaik bagi kategori tambang murah buat kali ke 9 berturut-turut.

Anugerah ‘Oscar of the Aviation Industry’ ini telah disampaikan dalam satu majlis di Le Bourget Airport di Paris.

Anugerah Skytrax merupakan penanda aras global kecemerlangan syarikat penerbangan dengan lebih 19.9 juta tinjauan pelanggan yang dilakukan di 105 negara, mengukur piawaian merentas 49 petunjuk prestasi utama produk dan barisan depan khidmat pelanggan bagi syarikat penerbangan.

Sehingga kini AirAsia dan AirAsia X telah memenangi 25 Skytrax World Airline Awards sejak anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2001.

Antara anugerah lain yang turut diberikan oleh Skytrax adalah:

  1. World’s best cabin staff – dimenangi oleh Garuda Airline
  2. World’s cleanest airplane cabins – dimenangi oleh Eva Air
  3. World’s best airline for economy class – Thai Airways
  4. World’s best regional airlines – Bangkok Airways
  5. World’s best business class seat – Singapore Airlines

AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia dari segi jumlah bilangan penumpang yang dibawa, rangkaian penerbangan yang luas dan meliputi lebih 120 destinasi di 26 negara di seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Kami sempat meninjau Facebook Page Tony Fernandes dan berikut adalah status yang dimuat naik oleh beliau berkenaan kemenangan ini.

“Ia satu pencapaian yang luar biasa. Untuk syarikat penerbangan kecil di Malaysia yang pernah menerima sedikit sokongan, kini kami menjadi sebuah syarikat penerbangan ASEAN. Hari ini kami memenangi anugerah syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia untuk kali ke-9 berturut-turut. Jika diletakkan ke dalam perspektif, Brazil telah memenangi Piala Dunia 5 kali. Ia menunjukkan Asean juga mampu menjadi juara dunia. Dari 2 pesawat ke 9 kali juara dunia. Believe the unbelievable.

Dipilih sebagai syarikat tambang murah terbaik di dunia oleh Skytrax buat kali ke 9 berturut-turut pastinya merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan bukan saja oleh warga kerja AirAsia tapi juga rakyat Malaysia secara amnya. Tahniah AirAsia.

Baca lagi: Dipilih Syarikat Penerbangan Terbaik 2017, 5 Perkara Usahawan Boleh Belajar Dari Qatar Airways

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤