Semalam 20 Jun 2017, Skytrax telah mengumumkan Qatar Airways sebagai syarikat penerbangan terbaik bagi tahun 2017. Pengumuman yang dibuat melalui the annual World Airline Awards ini sekaligus menjadi satu berita gembira bagi Qatar yang sedang menghadapi krisis hubungan diplomatik bersama Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Baca: Faktor Imbangan Kuasa Yang Kita Perlu Tahu Di Sebalik Krisis Negara Arab Dan Qatar

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sebalik krisis yang melanda Qatar, kami kongsikan 5 perkara para usahawan boleh pelajari daripada Qatar Airways sepertimana yang telah dikongsikan oleh Tuan Norizan Bin Sharif.

Ikuti perkongsian beliau.

Akbar Al-Baker dilantik sebagai CEO Qatar Airways pada tahun 1997 dengan hanya enam pesawat. Hari ini syarikat penerbangan itu ada 216 pesawat. Pesawat Qatar Airways adalah antara yang terbaru di dunia, dengan purata usia lima tahun.

Krisis diplomatik Negara-negara Teluk telah mengheret Qatar Airways ke dalam kancah. Apakah yang usahawan dapat belajar dari cara Akbar Al-Baker uruskan krisis ini?

1. Bersikap tenang tatkala krisis

Usah melompat. Qatar Airways terbang seperti biasa walaupun ia terpaksa melalui jarak yang lebih jauh bagi sesetengah penerbangan. Qatar Airways terus agresif dengan promosi kempen bertajuk, “No Borders, Only Horizons.”

2. Usah mengecut, teruskan pertumbuhan

Apabila disekat 16 destinasi, Qatar Airways terus umumkan 24 destinasi baru termasuk di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah.

3. Bina keyakinan dan teruskan perancangan awal

Kata Akbar Al-Baker, Qatar Airways akan meneruskan pelan membeli pesawat baru seperti dirancang. Satu pun tidak dibatalkan.

4. Bisnes bukan saja berjalan seperti biasa, tetapi lebih hebat

2 hari lepas Akbar Al-Baker melancarkan kelas bisnes Q-suite di Paris Air Show.

5. Bisnes adalah larian jangka panjang

Apabila ditanya oleh sebuah stesyen tv mengenai kerugian yang ditanggung akibat sekatan 16 destinasi, Akbar Al-Baker kata, “Usah ukur untung-rugi dalam tempoh sebulan. Qatar Airways akan menentukan bisnes kita bukan saja melantun balik tetapi juga tumbuh lebih hebat. Nanti kita lihat keuntungan dalam tempoh satu tahun.”

Ini cara Qatar Airways hadapi krisis. Bagaimana dengan kita?

Baca lagi: Begini Rupanya Perasaan Bila Naik ‘First & Business Class’ Qatar Airways