Sudah hampir 5 tahun tragedi kebocoran nuklear di Fukushima, Jepun berlaku. Bagaimanakah agaknya suasana di bandar ini sekarang?

Arkadiusz Podniesinski, seorang fotografer dari Poland telah mengambi keputusan untuk mengembara ke kawasan yang dicemari nuklear di Fukushima pada bulan lepas untuk melihat situasi terkini di kawasan ini.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

Sebaik saja mendapat permit untuk memasuki kawasan seluas 20km ini, beliau terus perasan kawasan ini telah menjadi seakan kawasan yang dicemari radioaktif di Chernobyl, Rusia sekitar tahun 1986.

Menurut Podniesinski kemusnahan yang terjadi di kawasan ini bukanlah kerana bencana alam seperti gempa bumi mahupun tsunami, tetapi kerana manusia.

Baca: Ini 9 Kawasan Pencemaran Radioaktif Paling Teruk Di Bumi

Podniesinski  mengambil keputusan untuk menjalankan projek fotografi ini agar beliau dapat membuat rumusan dan kesimpulan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana berita sensasi daripada media, propaganda daripada agensi kerajaan, mahupun para pelobi nuklear yang cuba memanipulasi berita. Beliau berharap dapat menyebarkan penemuan ini ke seluruh dunia.

Kereta-kereta yang ditinggalkan berhampiran stesen janakuasa mula dilitupi oleh pokok-pokok menjalar.

fukushima-1

Ada diantara kereta ini mula ditenggelami sepenuhnya oleh rumput yang tumbuh menjalar.

fukushima-2

Bacaan radiasi di sini adalah 6.7 uSv/h.

fukushima-3

Motorsikal yang dikunci dengan rantai mulai tenggelam dalam semak.

fukushima-4

Ini adalah timbunan televisyen yang dicemari radioaktif. Ia dikumpulkan pada satu tempat bagi tujuan pelupusan.

fukushima-5

Jaring labah-labah di atas timbunan barang-barang di dalam pusat membeli-belah yang ditinggalkan.

fukushima-6

Satu lagi foto menyeramkan dari dalam pusat membeli-belah.

fukushima-7

Ini pula adalah makmal komputer yang terletak di kampung berhampiran kawasan radioaktif Fukushima. Selain dicemari radioaktif, nampaknya komputer di sini turut dicemari najis burung.

fukushima-8

Meja makan dengan dapur mudah-alih yang ditinggalkan begitu saja. Masih tersusun kemas hingga kini.

fukushima-9

Go-cart yang ditinggalkan. Lokasinya adalah 12.5km dari kawasan tercemar.

fukushima-10

Piano yang ditinggalkan dalam sebuah kelas di sekolah bersama buku-buku yang berserakan di lantai.

fukushima-11

Gempa bumi yang berlaku diikuti dengan tsunami turut merosakkan bangunan di sini.

fukushima-12

Barisan basikal yang turut ditinggalkan oleh penduduk yang telah berpindah dari kawasan ini.

fukushima-13

Kelas yang sedang berlangsung ditinggalkan begitu saja sewaktu tragedi berlaku.

fukushima-14

Tiada lagi pengunjung ke tempat bermain game ini. Semuanya sepi.

fukushima-15jpg

Gambar yang diambil menggunakan drone menunjukkan kawasan pengumpulan dan pelupusan tanah yang dicemari radioaktif.

fukushima-16

Tanah-tanah tercemar yang dikumpulkan telah disusun bertindih bagi menjimatkan ruang.

fukushima-17

Pemilik tanah di sini dimaklumkan semua tanah dicemari radioaktif yang dikumpulkan akan dilupuskan. Namun sehingga kini tanah-tanah tersebut masih di sini sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.

fukushima-18

Kulit pada badan lembu di sini mula ditumbuhi bintik-bintik putih. Menurut para petani ini terjadi kerana lembu-lembu ini telah memakan rumput yang dicemari radioaktif.

fukushima-19

“Tenaga nuklear adalah tenaga untuk masa depan yang lebih gemilang”. Itulah perkataan yang tertulis di papan tanda ini.

fukushima-20

Baca lagi: Tragedi Nuklear Menjadikan Fukushima Bandar Hantu Di Jepun

 

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka