Nota Editor: Kisah diserang altitude sickness ini telah dikongsikan di Facebook Saudara Syah Ismail yang sedang bercuti di Switzerland. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk lebih “alert” dengan sebarang perubahan dan tindak balas badan sewaktu berada di tempat tinggi seterusnya mengambil tindakan yang betul jika sedang berada dalam situasi yang sama semasa sedang mengembara.

Altitude Sickness

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cerita ni agak panjang tetapi sangat penting. Ia melibatkan hidup dan mati.

Semalam hari yang sangat menakutkan!

Aku dan isteri bertolak ke Jungfrau (puncak gunung Alps) dengan train lebih kurang pukul 10am. Semua berjalan lancar dan langsung tiada masalah. Of coz memang teruja nak ke sana dan main salji.

altitude-sickness-1

Dipendekkan cerita, lebih kurang di ketinggian 3000m semasa dalam train aku dah rasa lain macam. Nafas aku semput. Takpa, aku cuba relax dan tarik nafas dalam-dalam. Masa ni kami dah dalam perut gunung Alps. Sikit ja lagi nak sampai stesen terakhir. Aku cuba tahan.

Akhirnya sampai juga di stesen Jungfrau lebih kurang pukul 12 tengahari. Keluar saja dari train aku dah jadi lain macam. Kepala pusing, loya nak muntah, lemah badan dan nafas makin pendek. Aku jadi takut dan sikit cemas. Apasal plak ni ? Aku cari tempat duduk dan relax sat 5 minit. Harap-harap OK balik. Isteri aku belikan hot choc untuk aku minum dengan harapan boleh membantu. Alhamdulillah aku rasa lega sikit.

Lepas 5 minit aku kena attack lagi. Kali ni lebih teruk. Aku jalan pun terhoyong hayang, susah bernafas dan rasa nak pengsan. So aku duduk balik dan cuba untuk relax. Tapi aku dah tak sedap hati. Mesti ada something wrong kat aku. Aku sihat dan tak pernah ada masalah kesihatan yang serius.

altitude-sickness-2

OK. Aku buat keputusan sebelum aku pengsan dan ntah apa lagi boleh jadi kat aku, aku kena stay di station saja. Aku bagi pasport dan tiket train kat isteri dan minta dia saja yang pi main salji. Aku beritahu yang aku akan tunggu di dalam stesen saja sementara dia bermain salji di luar. Memang dia berat hati tapi aku yakinkan yang aku masih OK dan minta dia teruskan plan asal. Dengan berat hati dia pun pergi sorang-sorang dan follow crowd saja.

Lebih kurang 5 minit aku ditinggalkan, keadaan aku semakin teruk. Jantung berdengup kuat, tangan sejuk dan masih sukar bernafas. Argghh… aku kena turun sekarang jugak! Sepantas kilat aku gagahkan diri berjalan ke train officer dan bagitau yang aku alami drowsy. “You go down now. The train will depart in 5 minute” dia bagi arahan. Syukur ngam-ngam ada train dan elok masuk ja train terus bergerak turun.

Pelan-pelan pada ketinggian 2000m aku dah boleh nafas seperti biasa. Aku terus sms isteriku bagitau yang aku terpaksa tinggalkannya.

altitude-sickness

Sampai ja station Kleine Scheidegg aku terus tanya pakcik Google. Rupanya bukan aku sorang yang kena Altitude Sickness. Dah ada beberapa aduan pelancong yang kena sebelum ni di Jungfrau. Boleh tengok komen pelancong di Trip Advisor. Juga ada amaran dalam website Jungfrau.ch.

Ringkasnya Altitude Sickness berlaku bila kita berada di ketinggian 2500m ke atas. Masalahnya ia tak diketahui akan berlaku kepada sesiapa sehinggalah kita sendiri yang alaminya. Tak mustahil orang yang kena adalah sihat 100%.

Seperkara lagi ia boleh berlaku secara perlahan dan juga dengan segera. Antara simptom awal ialah pening kepala, mual, muntah, letih lesu, mengantuk dan hilang keseimbangan badan. Jika tak ditangani segera ia boleh menyebabkan cerebral dan pulmonari edema (bengkak otak dan paru-paru ) yang membawa kepada koma dan kematian.

altitude-sickness-3

Ya Allah aku bersyukur sangat sebab buat keputusan yang tepat untuk turun segera tadi. Jika tak entah apalah nasib aku. Aku rasa seperti diberi pelung kedua untuk terus hidup. Tak apalah tak dapat berada di puncak Europe paling tinggi dan main salji asalkan aku masih boleh bernafas dan pulang ke Malaysia jumpa anak-anak. Memang perancangan Allah begitu agaknya, aku redho saja. Tiada apa nak dikesalkan (walaupun tiket agak mahal, nyawa lebih penting).

Selepas lebih 3 jam, isteri aku pun turun dari puncak Jungfrau. Rasa lega aku masih dapat berjumpa dan peluk dirinya.

Syukur Alhamdulillah. Kami masih berpeluang bersama di hari anniversary yang ke – 11. 5 Jun 2004 – 5 Jun 2015

BACA: 7 Tips Selamatkan Diri Oleh Lelaki Melayu Yang Pernah Sesat Di Gurun Amerika

BACA juga: 9 Resort Atas Air Dengan Suasana Romantis Untuk Bulan Madu Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram