Pelakon Amar Asyraf tersentuh dengan kemurahan hati Zizan Razak yang memborong baju dan sambal yang dijual oleh Amar pada sesi siaran lansung di Instagram beliau.

Di dalam sesi siaran langsung tersebut, Zizan telah membeli 40 helai baju dengan harga RM500.00 dan menambah lagi RM500.00 untuk membeli sambal yang dijual oleh Amar. Zizan turut meminta baju dan sambal yang dibeli olehnya disedekahkan kepada orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan Zizan itu membuatkan Amar tersentuh dan dia mendoakan Zizan semoga murah rezeki. “Allahuakhbar. Hari ni Allah hantar @zizanrazak869 untuk saya. Kemudian @johanarrif_asari tolong saya. Tadi saya nampak seorang lagi saudara saya @zahiriladzim jugak.

“Terima kasih Jugak pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers. Saya tak tahu nak cakap macam mana. kalau ada rakan rakan terdekat saya tak perasan tadi saya minta maaf. Terima kasih tolong saya. Betapa jasa tuan puan Allah sahaja yang dapat balas.”

Selain Amar, Johanariff Asari yang juga rakan artis kepada Amar dan Zizan turut terkesan dengan situasi tersebut. Beliau  berkata bahawa beliau terharu melihat kasih sayang sesama mereka.

“Dua pemuda yang sangat mulia hatinya, Allah SWT pertemukan sebagai tanda kebesaranNya. Tinggi budi pekerti insan-insan yang sangat mulia ini. terima kasih @amar_asyraf & @zizanrazak869.

“Johan terinspirasi dengan pengorbanan mereka berdua. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati mereka berdua, dan kita semua. InshAllah. Besar ganjaran kita membantu orang yang keluar di jalan Allah SWT,” katanya.

Untuk rekod, Amar Asyraf  kini mula melakukan perubahan positif dalam hidupnya dan mula memberi tumpuan terhadap aspek kerohanian. Semasa temubual bersama Harian Metro, Amar menyatakan bahawa dia bersyukur kerana Allah masih sayangkannya sehingga memilihnya untuk mendakami agama.

Dalam satu ‘live’ Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan Pak Din kelmarin, Zizan Razak mendedahkan penyesalan terbesarnya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari F430 dan bukannya rumah ketika usia muda. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Beli Ferrari Ketika Zaman Muda, Zizan Akui Kesal Tidak Berfikir Panjang

Diusik Netizen Di Media Sosial, Zizan Harap Orang Ramai Juga Faham Perasaan Pelawak