Ampang Park, salah sebuah pusat membeli belah paling tua di Malaysia bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Stesen Mass Rapid Transit (MRT) Ampang Park.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp), Datuk Najmuddin Abdullah, berkata, tanah yang diduduki oleh bangunan itu sekarang sedang berada dalam proses pembelian oleh kerajaan, di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan tujuan pembinaan MRT Aliran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Aliran SSP).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ampang-park

“Tapak tersebut diperlukan secara spesifik untuk pembinaan Stesen MRT Ampang Park di bawah tanah,  dan stesen MRT itu perlu berada di lokasi itu supaya ia dapat berhubung secara fizikal dengan stesen LRT sedia ada.”

“Sambungan fizikal ini amatlah penting kerana ia membolehkan penumpang menukar aliran di antara Aliran LRT Kelana Jaya kepada Aliran MRT SSP dan sebaliknya, dengan mudah dan lancar. Pembinaan stesen di bawah tanah memerlukan struktur di atas tanah dirobohkan,” ujar beliau.

Najmuddin berkata Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan akan menghantar Borang E kepada pemilik-pemilik tanah untuk memberitahu bahawa tanah mereka akan diambil alih untuk Projek MRT Aliran SSP.

“Perkara ini akan berlaku dalam beberapa minggu lagi. Proses pengambil alihan tanah akan dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan,” katanya lagi.

Najmuddin berkata rekod pemilikan tanah menunjukkan terdapat 253 hak milik strata bagi Pusat Membeli-belah Ampang Park.

“MRT Corp tidak mengambil bahagian dengan maklumat terperinci sebegitu, seperti bilangan penyewa atau pemilik dalam pusat membeli-belah berkenaan. Perkara ini akan ditentukan sebagai sebahagian daripada proses pengambil alihan tanah,” katanya.

Najmuddin berkata MRT Corp, sebagai pemilik dan pemaju Projek MRT Aliran SSP, akan mengadakan pertemuan dengan pemilik tanah dan semua pihak lain yang terlibat dengan pengambil alihan.

“Ini adalah amalan standard sejak pembangunan MRT Sungai Buloh-Kajang bermula. Persediaan sedang dibuat bagi memastikan mesyuarat itu berlangsung,” katanya.

Najmuddin berkata proses pengambilan tanah juga melibatkan perbicaraan untuk menentukan jumlah pampasan bagi pihak-pihak yang terlibat.

“Jumlah pampasan akan ditentukan oleh Jabatan Penilai dan akan mengikut harga pasaran. Pemilik tanah akan menyerahkan milikan kosong harta itu kepada kerajaan pada akhir proses.”

“MRT Corp berharap proses ini akan siap pada pertengahan tahun depan,” katanya.

Najmuddin berkata, Akta Pengambilan Tanah 1960 mewajibkan Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan untuk mewartakan dan memberitahu pemilik harta tentang kemungkinan pengambil alihan tanah oleh kerajaan negeri itu.

“Pewartaan tersebut telah diterbitkan pada 30 Julai dan notis telah dikeluarkan selepas itu.”

“Tambahan pula, buku rujukan yang mengandungi senarai lot-lot tanah yang mungkin diambil bagi Aliran SSP juga diedarkan kepada orang awam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat semasa Pemeriksaan Awam Aliran SSP dari 15 Mei sehingga 17 Ogos. Tanah Ampang Park Shopping Centre telah dimasukkan dalam senarai,” katanya.

Menurut laman web Ampang Park Shopping Centre, pusat membeli-belah itu merupakan idea daripada Low bersaudara berikutan kejayaan mereka dalam pembinaan Taman Rakyat, iaitu pusat membeli-belah yang pertama di Singapura.

Dibina oleh Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd pada bulan Mac 1973, Ampang Park Shopping Centre adalah salah sebuah pusat membeli-belah perintis di Malaysia yang menukar tabiat membeli-belah rakyat Malaysia.

BACA: 30 Gambar Kuala Lumpur Dulu Dan Sekarang

BACA: Rupanya 1 Dari 23 Stesen Keretapi Tercantik Di Dunia Ada Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram