Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita penutupan akaun Twitter rasmi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Berikutan itu, segelintir netizen berasa sedih dan menzahirkan pendapat mereka yang menginginkan Permaisuri Agong kembali aktif di Twitter.

Terbaharu, #AmpunTuanku mula trending di Twitter dan netizen melancarkan kempen agar Permaisuri Agong kembali mengaktifkan akaun Twitter milik baginda yang ditutup kerana komen yang biadab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/amirulshafiq94/status/1171981135854919680

Rakyat Malaysia telah berkongsi dan menggunakan hashtag #AmpunTuanku untuk yakinkan dan mengubah keputusan yang diambil oleh baginda. Saat ini, hashtag #AmpunTuanku trending pada tangga pertama diikuti dengan #PermaisuriAgong.

Berikut adalah beberapa perkongsian hits netizen menggunakan #AmpunTuanku yang menarik:

https://twitter.com/nurulwassini/status/1171960344161316864

https://twitter.com/piqahrazak_/status/1171932898292711424

Sudahkah anda menyertai gerakan kempen tersebut? Untuk anda yang terlepas isu sebab tercetusnya gerakan kempen ini, anda boleh ketahui lebih lanjut dengan baca artikel di bawah ini. 

Kerana Netizen Biadap, Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong