Sekiranya anda berpendapat penerima gaji CEO tertinggi di Amerika Syarikat disandang oleh Sundar Pichai selaku CEO Google atau Mark Zuckerberg sebagai CEO Facebook, anda mungkin silap.

Melalui laporan terbaru daripada Wall Street Journal (WSJ), Tan Hock Eng selaku Rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang berjaya menduduki tempat pertama sebagai penerima gaji CEO tertinggi di Amerika Syarikat.

Gaji yang diterima Tan Hock Eng selaku CEO kepada syarikat Broadcom adalah RM407.9 juta setahun dimana beliau berjaya memperoleh peningkatan gaji sebanyak 318% berbanding tahun lalu.

Difahamkan sebahagian besar pendapatan tahunan yang diterimanya datang daripada keuntungan beliau sebagai pemegang saham Broadcom serta prestasinya terbaiknya sebagai CEO syarikat tersebut.

BN-VK115_38feR_OR_20171003103625

Tahniah diucapkan buat Tan Hock Eng diatas kejayaan yang diperoleh bersama syarikat semikonduktor yang diusahakannya. Semoga pembukaan syarikat semikonduktur dibawah kendalian di Tan Hock Eng sekaligus bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya buat Rakyat Malaysia.

Baca lagi: Anak Kelahiran Malaysia Ini Berjaya Memeterai Perjanjian Syarikat Bersama Donald Trump

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤