Lebih kurang sebulan yang lepas Apple Malaysia mengumumkan harga buat dua peranti terbaru mereka iaitu iPhone SE dan iPad Pro 9.7. Walaubagaimanapun, teka-teki tentang tarikh penjualan iPhone SE masih menjadi tanda tanya sehinggakan pengumuman terbaru daripada Switch pada bulan ini.

Preorder-an-iPhone-SE

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apple Malaysia mengesahkan harga buat iPhone SE adalah RM1949 buat variasi 16GB manakala RM2449 buat storan 64GB. iPhone SE akan mula dijual secara rasmi pada 13 Mei 2016 ini di kedai pengedar rasmi Apple yang terpilih.

iPhone SE dilengkapi dengan skrin bersaiz 4 inci dan bakal menjadi pengganti buat telefon pintar mereka sebelum ini yang mempunyai saiz yang sama iaitu iPhone 5S. Menggunakan teknologi kamera yang terbaru bakal membuatkan iPhone SE hadir sebagai telefon pintar yang mempunyai kamera terbaik bagi kategori 4-inci.

iphone-se-red-velvet-hero

Kami masih menantikan pengumuman syarikat telco tentang pelan yang ditawarkan sempena kehadiran iPhone SE. Dalam masa yang sama, Machines juga menawarkan iPhone 5S dengan harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Adakah iPhone SE ini sesuai buat anda? Secara jujurnya, jika anda seorang yang sukakan iPhone dan iOS, dan impikan kamera yang mempunyai kualiti yang baik di dalam kategori 4-inci, iPhone SE adalah jawapannya.

Sumber