Hari ini telah berlangsungnya acara Apple “Spring Forward” dan Apple telah memperkenalkan Macbook baru dan juga Apple Watch. Semestinya kita ternanti-nanti apakah fungsi yang dibawakan oleh jam tangan pintar berkenaan.

Apple menawarkan tiga edisi Apple Watch, iaitu Apple Watch Sport yang bermula harga $349, Apple Watch bermula harga $549 dan Apple Watch Edition 18-karat(emas) yang berharga $10,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apple Watch jam tangan pintar daripada Apple ini membolehkan anda membaca email, menjawab panggilan, mengikuti kemaskini daripada aplikasi, membuat arahan suara Siri, memantau kecergasan, dan menerima notifikasi sosial media seperti Facebook, WeChat, Twitter dan lain-lain tanpa perlu menggunakan iPhone.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

  • Ia sebuah jam pintar iOS 8.2 yang membolehkan anda menggunakan iPhone melalui pergelangan tangan.
  • Dijual pada 24 April dengan pre-order bermula seawal 10 April.
  • Harga bermula pada $349 dan berakhir pada $10,000
  • masa bertahan bateri untuk penggunaan tipikal adalah 18 jam
  • pengecasan menggunakan sebuah dock khusus tanpa wayar
  • Hadir dengan dua pilihan saiz, 38mm dan 42mm.
  • 6 pilihan warna iaitu stainless steel, silver aluminum, space black stainless steel, space gray aluminum, 18-karat yellow gold dan 18-karat rose gold

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Apple.

hr

we

watch

aw11