Sekiranya Apple iPhone 7 dan 7 Plus merupakan model pertama iPhone tanpa headphone jack, Apple iPhone X pula merupakan model pertama yang hadir tanpa butang fizikal home dan disertakan dengan notch.

Seperti yang anda boleh jangkakan, pelbagai troll telah dilemparkan buat jenama premium ini dan tidak dilupakan juga solusi bagi menyelesaikan ‘masalah’ bagi sesetengah pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikeluarkan oleh pembangun Axiem Systems, aplikasi ‘Notch Remover’ ini bakal membantu anda mendapatkan paparan yang rata di bahagian atas skrin tanpa mengabaikan status bar.

iphone-x-notch-remove-app-00

Memandangkan Apple iPhone X menggunakan skrin OLED daripada Samsung, warna hitam yang berada diatas skrin dilihat sangat kemas sekaligus tidak membuatkan seolah bar hitam tersebut selari dengan warna speaker iPhone X.

Berikut merupakan review ringkas mengenai aplikasi ‘Notch Remover’ apabila dipadankan bersama Apple iPhone X.

Baca lagi: Tonton Bagaimana Hacker Memecahkan Sistem Sekuriti Face ID iPhone X

Sumber