Mula dilancarkan pada akhir taun 2016, Apple AirPods pada mulanya seringkali menjadi bahan jenaka dan troll berikutan rekabentuknya. Dalam pada itu, aksesori daripada Apple ini semakin mendapat tempat dihati pengguna setelah ramai selebriti menyukainya.

Melihat kepada jualan Apple AirPods yang konsisten, dilaporkan Apple berkemungkinan besar bakal melancarkan model terbaru AirPods menjelang tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

apple-airpods-2016-057

Antara teknologi terbaru yang bakal diperkenalkan adalah noise cancelling dimana Apple AirPods berpeluang memadamkan suara luar bagi mendapatkan bunyi muzik yang lebih baik. Selain itu fungsi kalis air antara yang bakal pengguna dapat menerusi model terbaru ini.

Apple AirPods generasi terbaru dijangka bakal ditawarkan Apple pada tahun 2019. Buat anda yang mahu mendapatkan AirPods dengan segera, Apple Malaysia telah menurunkan harga model ini kepada RM800. Adakah ianya berbaloi untuk dimiliki?

Baca lagi: Ini Kos Yang Perlu Ditanggung Jika Apple AirPods Anda Tercicir