Nampaknya pengguna yang memiliki iPhone 6 dan kebawah tidak lagi dapat menikmati versi terbaru iOS apabila Apple melancarkan iOS 13 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Berdasarkan sumber, antara model yang terlibat adalah iPhone 5s, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Mini 2 dan iPad Air. Antara sebab utama kemaskini bagi model-model ini tidak memiliki spesifikasi yang cukup baik untuk menjalankan iOS 13.

ios-13-dark-mode-iphone-11

Selain itu, penawaran kemaskini terbaru ini sekaligus merupakan strategi syarikat pengeluar dalam mendesak pengguna untuk mendapatkan model yang lebih baru. Setakat ini dilaporkan Apple iOS 13 bakal hadir dengan mod tema gelap atau dark mode bagi memberi keselasaan penggunaan buat pengguna sekaligus menjimatkan bateri iPhone.

Apple iOS 13 dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada September ini manakala versi beta akan ditawarkan pada 3 Jun ini. Buat anda yang tidak mahu terlepas dengan versi terbaru Apple dan masih lagi memakai model iPhone yang disebutkan, mungkin sudah tiba masanya anda beralih kepada model yang lebih baru.

Baca lagi: Ini Mungkin Rekaan Bagi Apple iPhone XR Generasi Terbaru