Bagi yang bercadang membeli Apple Watch untuk kegunaan harian, inilah masanya untuk anda membeli kerana Apple baru-baru ini sudah mengurangkan harga permulaan untuk Apple Watch.

Ketika dilancarkan pada April tahun lepas, Apple Watch dijual pada harga USD349 (lebih kurang RM1390). Selepas ini, untuk model 38mm sport version ianya akan dijual pada harga $299 (lebih kurang RM1191). Untuk model Apple Watch sport ini nanti, anda mempunyai pilihan sama ada mahu tali woven nylon atau tali getah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Apple watch dengan tali getah apple watch dengan tali nylon

Jika anda mahu yang lebih bergaya, boleh beli Apple Watch yang dibuat khas oleh Hermes. Ianya menggunakan model yang sama cuma talinya diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi. Harganya? Bermula dari USD1,100 (lebih kurang RM4,380) sahaja. Untuk lihat piliha yang lain boleh ke laman Apple di sini.

apple watch X Hermes
apple watch X Hermes

Baca : Apple Watch Kalahkan Rolex Dalam Ranking Jam Berjenama

Sumber