Disebalik pelbagai spekulasi serta tohmahan mengenai jumlah penjualan Apple iPhone, syarikat ini terus konsisten dalam menghasilkan keuntungan dimana harga sebuah sahamnya kini mencecah $207 (RM845.08). Peningkatan harga saham ini sekaligus membuatkan syarikat ini secara rasminya berjaya menjadi syarikat teknologi swasta pertama berjaya mencapai nilai $1 trilion.

Difahamkan kejayaan peningkatan keuntungan Apple ini bukan sahaja bergantung kepada iPhone semata-mata, malah produk-produk lain seperti iPad dan Apple Watch antara yang turut membantu.

Apple_Store_LA

Lebih hebat, nilai $1 trilion pada syarikat Apple berjaya meletakkan syarikat ini lebih kaya berbanding negara-negara lain seperti Switzerland dan Arab Saudi. Nampaknya kepakaran Tim Cook masih ditagih meskipun dikatakan kurang inovasi dibawah kendaliannya berbanding dibawah era Steve Jobs.

Dalam berita lain, Huawei berjaya memintas Apple sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbanyak dibelakang Samsung.