Untuk musim haji pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi telah menempatkan 100,000 pengawal keselamatan dan 5,000 kamera CCTV di Kota Suci Mekah bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan juga mencegah sebarang kekacauan.

Selain daripada mengawal 3 juta jemaah yang datang menunaikan haji ke kota suci ini, penempatan pegawai keselamatan ini juga adalah sebagai persediaan bagi menghadapi serangan daripada ISIS.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

mekah-1

4 wakil daripada kerajaan mengetuai 100,000 pengawal yang ditugaskan mengawasi kelancaran dan keselamatan kota Mekah. Pengawasan turut dilakukan melalui 5000 CCTV yang dipasang di sekitar kota Mekah.

mekah-2

Pasukan yang ditugaskan ini terdiri daripada pasukan elit khas bagi pencegahan pengganas, bahagian trafik dan lalu lintas serta pegawai pertahanan awam.

mekah-3

Perhimpunan jemaah haji yang ramai di kota Mekah mengundang ancaman daripada ISIS menyebabkan pihak kerajaan Arab Saudi menempatkan jumlah pengawal keselamatan yang ramai.

Khemah yang besar telah disediakan di bandar Mina, hanya beberapa batu di luar Masjidil Haram di Mekah sebagai ibu pejabat Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk Haji.

Ahli-ahli unit anti keganasan elit, polis trafik dan anggota pertahanan awam kecemasan adalah antara mereka yang ditugaskan untuk membantu mengawal orang ramai dan keselamatan di musim haji kali ini.

Para pengawal keselamatan ini turut menerima sokongan tambahan daripada tentera dan pengawal negara, kata Major General Mansour al-Turki.

Di dalam pusat kawalan Kementerian Dalam Negeri, polis memantau berpuluh-puluh skrin daripada maklumat yang dihantar oleh kira-kira 5,000 kamera CCTV yang dipasang di seluruh Mekah dan Madinah, kedua-dua bandar yang sering dikunjungi oleh jemaah.

‘Kami peka dan sentiasa sedar, “kata al-Turki, merujuk kepada kesediaan pasukan keselamatan untuk menangani sebarang kemungkinan.

Kakitangan daripada pasukan kecemasan pertahanan awam adalah antara yang paling awal bertindak balas sewaktu tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lalu yang telah membunuh 111 orang dan mencederakan hampir 400jemaah haji yang lain.

Pada hari Khamis yang lepas pula, tentera kerajaan dan polis mengadakan perarakan di Mekah, dengan pasukan keselamatan mempamerkan aksi melompat melalui gelung api dan juga lakonan bagimana mereka menggagalkan serangan pengganas.

Acara ini bertujuan memaparkan bagaimana kerajaan Arab Saudi berusaha menghalang sebarang cubaan kecauan yang tidak diingini. Ia telah dihadiri oleh Putera Mahkota dan Menteri Dalam Negeri Mohammed bin Nayef yang pernah menjadi sasaran serangan pengganas pada tahun 2009.

Baca: 25 Gambar Bagaimana Haji Ditunaikan 61 Tahun Yang Lalu

mekah-4

Seorang pegawai keselamatan Saudi berbual dengan rakan sekerja di telefon semasa menonton skrin monitor CCTV di dalam pusat keselamatan Mekah.

mekah-5

Beribu-ribu jemaah Islam mengelilingi Ka’bah yang terletak di Masjidil Haram di Mekah

mekah-6

Sekumpulan lelaki berdoa sambil menghadap Ka’bah, kiblat umat Islam dari seluruh dunia.

mekah-7

Beribu-ribu khemah disediakan untuk kediaman berjuta-juta jemaah haji semasa menunaikan Haji di Mekah.

mekah-8

Dua lelaki mengelilingi Kabaa sebagai sebahagian daripada ritual haji

mekah-9

Sekumpulan jemaah mengelilingi Kabaah. 

mekah-10

Pintu masuk Kaabah

mekah-11

Seorang jemaah haji keluar dari pintu Gua Hira, tempat di mana Rasulullah saw menerima wahyu pertama.

Baca lagi: Perkongsian Pengalaman Seorang Gadis Tunaikan Haji Di Usia 21 Tahun

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka