Menyambung pelajaran di luar negara biasanya memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding jika belajar di dalam negara. Namun begitu, adakala perkara seperti ini menjadikan seseorang individu berfikir lebih kreatif untuk mencari duit tepi bagi menampung kos sara hidup dan yuran pengajian.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Berbicara tentang ini, saya berpeluang menemubual seorang pelajar perubatan yang kini sedang menuntut di Mesir. Apa yang menarik, meski pun sibuk dengan pelajaran, beliau masih sempat menjana pendapatan sampingan yang pada asalnya bermula sebagai hobi.

Daripada sekadar ingin mencuba, kini beliau telah berjaya menjadi divemaster.  Ikuti temubual menarik saya bersama Arieffahmi Abd Razak.

arieffahmi-7

Vocket: Hi Arieffahmi. Terima kasih kerana sudi ditemubual dan berkongsi di Vocket. Boleh berikan sedikit info latar belakang Arieffahmi seperti nama penuh, umur, status perkahwinan dan pendidikan.

Arieffahmi: Nama penuh Muhammad Arieffahmi Bin Abd Razak. Kenalan biasa memanggil saya Arief sahaja. Tahun 2016 ini umur sudah 23 tahun dan sudah pun berkahwin semenjak 2013. Dibesarkan di Bangi. Sekarang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar dalam bidang perubatan.

Vocket: Saya difahamkan Arieffahmi telah berjaya memperolehi sijil Divemaster di Mesir. Tahniah. Boleh kongsikan bagaimana boleh terjebak dalam hobi mahal sebegini sehingga berjaya ke peringkat divemaster?

Arieffahmi: Saya datang Mesir untuk menuntut ilmu perubatan tapi boleh melencong ke sini pula. Tapi orang kata selagi ada peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman, jangan lepaskan peluang, ye dak? Ya, saya sekarang seorang PADI Divemaster.

Pada mulanya saya juga beranggapan bahawa hobi ini hobi mahal dan hanya untuk orang kaya sahaja (jangkaan saya silap sama sekali). Sudah lama menonton video-video underwater dan teruja dengan keindahan dunia lain itu.

Sehinggalah salah seorang senior yang saya rapat mengajak untuk membuat lesen Open Water Diver bersama-sama di Hurghada, Red Sea. Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju.

Pada masa itu saya masih tidak ada idea apa yang saya bakal tempuhi. Siapa sangka ini membuka lembaran baru dalam hidup saya.

arieffahmi-3

Dulu saja je nak cuba scuba diving ni. Lepas tu melekat pulak minat tu. Kita ni bukanlah orang kaya yang duit berkepuk mak bapak bagi dan sedar hobi ni mahal.

Jadi mula la cari jalan macam mana nak support hobi ni. Abah dah cakap, nak buat apa buatlah tapi pakai duit sendiri. Maka perahlah otak dan susun plan. Dari open water diver, naik ke advanced.

Lama sikit lepas cukup 40 dives, kasi up jadi Rescue diver pulak. Instructor suka, kawan-kawan divemaster supportive, krew kapal pun menyokong maka up la pula diri menjadi Divemaster.

Dulu nak menyelam kena bawa keluar duit. Plan asal nak jadi divemaster sebab bayangkan boleh dive free lepas ni. Rezeki tak dijangka datang bergolek, bukan sahaja tak payah bawa keluar duit, lepas ni hobi ni boleh menjana pendapatan pula. Maka dengan ini saya mengumumkan Diamond Redsea ialah Egypt – Malaysia Diving Center di Hurghada.

Kami 3 orang partner menjalankan bisnes bersama. Lepas ni Malaysian yang nak dive di Red Sea boleh la roger abang. Abang dah ada diving center. Hiks. Gerak luuu. Pape roger!

arieffahmi-5

Vocket: Apa yang menarik tentang diving di laut merah berbanding lokasi lain yang pernah Arieffahmi buat diving?

Arieffahmi: Red Sea terkenal dengan kejernihan airnya yang luar biasa. Visibility airnya boleh cecah 20m sehingga 40m. Bila ada kawan saya balik Malaysia dan dive di Malaysia, saya akan tanya macam mana visibility di Malaysia dan mereka pun kata Red Sea lebih jernih.

Maka hari tu ketika saya pulang bercuti ke Malaysia, saya berkesempatan dive di Pulau Tioman dan ya, bagi saya visibility Red Sea memang tiptop.

Selain air yang jernih, Red Sea juga ada banyak ship wreck (bangkai kapal karam) yang besar dengan sejarah yang sangat menarik.

Sebagai contoh, saya pernah dive di salah sebuah ship wreck di Hurghada, El Mina, sebuah kapal perang Egypt yang dibom oleh Israel ketika perang Arab – Israel. Dan kalau berkesempatan di semua ship wreck yang ada di Red Sea lah, insyaallah. Hehe.

Another achievement, 38 meter underwater shipwreck. #Padi #Hero4 #GoPro #Scuba #ariefscubadiving

A photo posted by Arieffahmi (@arieffahmi) on

 

 

Red Sea juga banyak dengan ikan-ikan besar seperti Shark, Dolphin, Baracuda dan banyak lagi. Begitu juga dengan kepelbagaian dan kekayaan floranya.

Sebenarnya pengalaman saya masih sangat sedikit dalam dunia diving ini. Masih banyak lagi yang saya belum terokai. Malu sebenarnya nak cerita sebab saya rasa saya tidak layak lagi untuk berkongsi bab ini.

Saya pernah tanya instruktor saya apa lagi yang istimewa tentang Red Sea ini. Beliau mengatakan Red Sea tersenarai sebagai antara destinasi diving terbaik di dunia bukan kerana daily dive / boat dive.

Red Sea terkenal dengan Liveaboard / Safari. Disitulah pengalaman yang terbaik seorang diver boleh timba.

Insyaallah November ini saya akan Liveaboard ke North Red Sea, untuk meneroka lebih lagi Red Sea ini. Lepas tu mungkin saya boleh cerita lebih lagi apa yang Red Sea ada. Hehe.

Vocket: Apakah perkara positif yang dirasai oleh Arieffahmi sejak serius dengan aktiviti diving ini (mungkin dari segi fizikal, spiritual dan perubahan lain yang dirasai)?

Arieffahmi: Pelbagai perkara telah saya pelajari sepanjang terjebak dalam dunia ini. Dari segi ilmu, pengalaman dan juga kenalan-kenalan dari seluruh dunia.

Dari segi fizikal, saya masih ingat bagaimana saya menghabiskan 15 hari seorang diri di Hurghada ketika saya menjalani kursus Divemaster. Pada ketika itu fizikal saya diuji betul. Habis lemak-lemak saya dibakar. Fuh, puas hati sebab hampir 10kg saya hilang masa tu. Tapi bila balik Malaysia sahaja, punah. Naik balik berat. Haha.

Merantau seorang diri di tempat asing ini banyak mengubah cara saya memandang hidup dan memandang manusia lain. Mungkin selama ini kita selesa dengan hidup kita kerana kita hanya bergaul dengan bangsa kita sahaja.

Cubalah keluar dari kelompok kita dan bergaul dengan orang asing. Baru kita sedar banyaknya kekurangan dalam diri kita ini. Sebab itu Allah ciptakan manusia berbagai jenis, untuk kita bertaaruf. Besar hikmah dan nikmatnya.

Baca: Gadis Berusia 14 Tahun Ini Sudah Mendapat Beberapa Tawaran Daripada Universiti, Semuanya Disebabkan Hobinya

arieffahmi-6

Mereka yang mencurahkan segala ilmu dan pengalaman dalam dunia scuba diving. 3 bos dari 3 diving center, top 10 in Hurghada Red Sea. Pengalaman mencecah 20 tahun, puluh ribu dive counts. This is how I learn scuba diving (Open Water – Advanced – Rescue – Divemaster) in Red Sea and this is why I love it.

Vocket: Apakah kenangan paling manis setakat ini sejak serius dengan diving?

Arieffahmi: Antara sebab besar yang membuatkan saya betul-betul jatuh cinta dengan Hurghada, Red Sea bukan kerana lautnya sahaja. Saya diberi kesempatan untuk bertemu dengan seorang manusia yang paling baik saya pernah jumpa dalam hidup saya.

Beliau adalah instuktor saya sendiri. Saya pun hairan bagaimana di celah-celah karenah Arab yang pelbagai, ada wujud seorang manusia yang akhlaknya begitu indah. Beliau adalah instruktor, mentor, sifu, baba, abang, sahabat dunia akhirat saya.

Setiap orang ada impian. Dan saya sendiri ada impian dan cita-cita dalam hobi diving saya ini. Dari Open water diver, Advance, Rescue dan sehinggalah Divemaster beliau ada di sisi saya.

Memberi galakan, memberi dorongan, berkongsi pengalaman. Sehinggalah minggu lepas saya ke Hurghada dan mendapat berita bahawa mimpi saya telah menjadi kenyataan. Semuanya hasil daripada bimbingan beliau.

Namun saat mimpi saya sudah menjadi impian, beliau sudah tidak ada di dunia ini. Terima kasih Mr Hisham. Thank you for everything. See you again insyaallah.

Mr Hisham adalah kenangan paling manis dalam hidup saya dan dalam coretan pengalaman diving saya.

arieffahmi-1

Gambar kenangan saya bersama Hisham.

Vocket: Bagaimana pula dari segi detik-detik cemas sewaktu diving? Jika ada sebarang insiden yang tidak dingini pernah berlaku.

Arieffahmi: Saya pun tak pasti ini pengalaman cemas atau kelakar. Pada ketika itu saya baru sahaja ditauliahkan sebagai Rescue Diver dan nak dijadikan cerita petang itu salah seorang diver hampir lemas ketika sedang melakukan swim test.

Saya cuba selamatkan tapi tak berjaya. Jadi saya memanggil instruktor saya untuk membantu. Mereka tanya kenapa saya tidak selamatkan sedangkan saya seorang rescue diver, saya jawab; “Saya belajar nak selamatkan diver yang lemas, kalau perenang yang lemas macam mana? Sama ke?” Kahkah.Dan saya belajar.

Vocket: Dan apa pula perasaan bila kini telah berjaya memiliki sijil divemaster dan di waktu yang sama pula menjadi salah seorang rakan kongsi di sebuah diving centre di Mesir?

Arieffahmi: Ini hanyalah permulaan bagi saya. Saya pun tidak sangka saya akan berdiri sehingga ke tahap ini. Banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan teroka. Dan saya sangat gembira kerana saya melakukan apa yang saya suka, diving dan bisnes.

Vocket: Dibayar untuk diving. Kedengaran menarik apabila hobi kini telah menjadi antara punca pendapatan. Diving yang bagaimana yang Arieffahmi lakukan ini sebenarnya?

Arieffahmi: Semenjak kali pertama saya diperkenalkan dengan underwater world, saya teruja dan jatuh cinta. Dari situ saya mula merangka perancangan.

Bagaimana cara untuk menampung kos hobi saya ini. Dan mungkinkah suatu hari nanti saya tidak perlu lagi mengeluarkan duit dari poket saya untuk diving. Dan bagaimanakah untuk saya jadikan suatu hari nanti hobi saya inilah yang menampung kos hidup saya di Mesir.

Memandangkan sekarang saya sudah ada lesen divemaster jadi secara amnya saya sudah boleh bekerja dengan lesen saya ini. Kini saya sering dipanggil untuk ke Hurghada bagi memenuhi tuntutan kerja.

Andai ada sekumpulan diver Malaysia ingin diving, sayalah yang akan menjadi guide mereka di laut Hurghada. Ziarah nemo dapat, gaji pun dapat. Hehe.

arieffahmi-4

Vocket: Maaf nak tanya. Maklumlah ramai yang cakap orang Mesir ni kasar dan ada yang menceritakan berbagai lagi perangai buruk mereka. Bagaimana pula pandangan Arieffahmi tentang ini?

Arieffahmi: Bagi saya tanggapan ini salah. Bahkan mereka sebenarnya mempunyai hati budi yang baik, jika kita lihat dengan pandangan yang baik.

Ramai orang kita sentiasa memandang negatif dan prejudis dengan mereka dan dari situ tingkah laku kita pun turut negatif dengan mereka. Nah, kita bagi negatif, dapatlah negatif. Kita prejudis dapatlah negatif.

Memanglah adakalanya gurauan mereka kasar. Tapi dah kata masuk tempat orang, cubalah untuk adapt. Cuba kalau anda pandai membalas gurauan mereka dengan cara yang betul, pasti anda akan dilayan dengan baik sekali selepas itu. Cubalah.

Vocket: Bagaimana pula dari segi kesukaran dan cabaran yang dilalui sejak menjadi rakan kongsi di diving center tersebut? Dan bagaimana Arieffahmi menghadapinya.

Arieffahmi: Orang tidak akan kenal kita jika kita tidak perkenalkan diri kita. Tunjukkan apa kemahiran dan skills yang kita ada. Show up! Tapi dengan kaedah dan cara yang betul.

Seni interaksi, negosiasi dan pergaulan itu sangat penting lagi-lagi saya perlu berurusan dengan bangsa asing. Tapi setakat ini masih tiada apa-apa masalah kerana mereka menerima saya dengan sangat baik.

Vocket: Bagaimana pula dengan travel? Adakah minat travel masih seperti dulu atau sudah berkurangan kerana diving lebih menyeronokkan?

Arieffahmi: Kali terakhir saya travel ke Eropah ialah pada tahun 2015. Ya, masih lagi minat. Diving juga travel, cuma dalam air lah. Hehe.

Cuma buat masa ini saya sedang fokus masa saya kepada diving memandangkan saya sedang dalam proses mengukuhkan lagi bisnes saya di Hurghada. Selepas ini saya akan aktif semula travel insyaallah.

Vocket: Selain daripada belajar dan diving, (jika tak keberatan) boleh kongsikan apa lagi yang Arieffahmi lakukan untuk menjana pendapatan bagi meneruskan pengajian?

Arieffahmi: Dulu saya aktif di internet sebagai Internet Marketer. Namun kini saya hanya fokus kepada projek Divologist saya sahaja. Masa untuk saya belajar the real business.

Vocket: Sebagai pelajar perubatan pastinya cabaran membahagikan masa agak tinggi pantara belajar dan juga mencari dui poket. Bagaimana Arieffahmi bahagikan masa?

Arieffahmi: Saya mungkin bukan orang yang sesuai nak berkongsi tentang perkara ini. Tapi mungkin kerana saya tidak bermain game maka masa itulah yang saya gunakan untuk mencari duit poket?

Vocket: Bagaimana pula penerimaan keluarga dan isteri tentang penglibatan Arieffahmi secara serius dalam aktiviti diving ini?

Arieffahmi:  Isteri saya sangat-sangat supportive dalam hal ini. Bahkan beliau antara ahli terawal Divologist. Keluarga saya juga gembira dengan usaha saya ini. Asalkan pelajaran tidak terabai. Hehe.

Assignment pertama saya ketika latihan menjadi seorang divemaster, membawa isteri saya sendiri mencuba scuba diving.

arieffahmi-2

That feeling when you guide your own wife for introductory diving. Love is in the water.

Vocket: Ada pesanan atau tips yang ingin dikongsikan kepada pembaca Vocket yang mungkin ingin tahu bagaimana untuk menjadikan hobi sebagai cara menjana pendapatan seperti yang telah Arieffahmi lakukan?

Arieffahmi: Bila kita ingin lakukan sesuatu perkara, lakukanlah secara bersungguh-sungguh. Luangkan banyak masa dengan mereka yang arif dalam bidang tersebut. Seraplah segala pengetahuan dan pengalaman dari mereka.Ia akan membuka mata kita lebih luas.

Banyak peluang-peluang yang kita akan nampak di depan mata kita. Dari situ, letakkan target, rancang dan terus take action. Game on!

Saya selalu katakan kepada rakan-rakan saya di Mesir,

“Apa yang membezakan antara aku dan korang? Aku tidak ada banyak duit pun sehingga aku dapat pergi diving selalu. Aku bukan anak orang kaya pun. Satu je beza antara aku dan kau. Kau pergi dive kalau kau ada duit. Kalau tak ada duit, kau tak pergi. Tapi aku? Aku kalau nak pergi dive, ada duit ke tak ada duit, I work for it.

Buatlah apa yang kita suka dengan bersungguh-sungguh, dengan ilmu. Later on, duit tu akan datang.

Vocket: Ada info tambahan lain yang ingin dikongsikan? Mungkin sedikit tips bagi mereka yang baru nak berjinak dengan aktiviti diving ini? Dan mungkin juga berkenaan penjagaan alam sekitar, laut yang tercemar dll.

Arieffahmi: Scuba diving bukanlah satu hobi yang mahal. Ia berbalik kepada bagaimana cara kita belanjakan duit kita. Preference kita dalam berbelanja.

Ada yang sanggup habiskan RM100 untuk satu outing hujung minggu ke shopping complex menikmati makanan yang pelik-pelik dan mahal. Ada yang jenis asyik upgrade handphone je. Semua jenis gadget dia nak ada. Orang beli, dia nak beli jugak. Tak salah pun semua tu.

Ada juga yang tak kisah dengan semua benda tu sebab yang dia tunggu adalah hujung minggu depan, dia ada trip diving. Dan setiap sen yang dilaburkan untuk ekspedisi lautan dalam itu, sangatlah berbaloi. Percayalah!

Baca lagi: Mahu Jadi ‘Barber’ Yang Berjaya Bawa Anak Yatim Ini Berkelana Timba Pengalaman Di UK

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group